Thursday, January 17, 2008

BPR: Lingam lupa nombor telefonnya

BPR: Lingam lupa nombor telefonnya
Soon Li Tsin Jan 16, 08 12:39pm

Pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR), Chuah Lay Choo memberitahu suruhanjaya diraja yang menyiasat klip video Datuk VK Lingam bahawa beliau tidak dapat memperolehi nombor-nombor telefon peguam tersebut kerana Lingam tidak dapat mengingatinya.Chua berkata, menurut Lingam semua telefonnya menggunakan kad pra-bayar dan oleh itu tidak menggunakan nombor telefon yang khusus.Bagaimanapun, Chua berkata, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim selama ini menggunakan nombor telefon bimbit yang sama.“Ya, kita menyiasat Ahmad Fairuz. Kita dapati beliau menggunakan O13 (Celcom) sejak 2000 dan kita telah meminta butir-butir penuh (rekod penggunaan telefonnya), tetapi kami tidak mempunyai nombor telefon VK Lingam untuk membuat perbandingan," katanya.Chua memberitahu suruhanjaya diraja bahawa beliau masih menunggu untuk mendapatkan rekod penuh panggilan telefon Ahmad Fairuz dari Celcom.Menurut beliau lagi, hanya baru semalam beliau mengetahui tarikh sebenar perbualan tersebut dirakam.Ahli perniagaan, Loh Mui memberitahu suruhanjaya itu semalam bahawa perbualan telefon yang didakwa antara Lingam dengan Ahmad Fairuz mengenai pelantikan hakim-hakim, dirakam pada 20 Disember 2001 ketika beliau pergi ke rumah peguam tersebut untuk makan malam.Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja itu pada jam 2.30 petang ini.Bagaimanapun, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendedahkan klip video tersebut, dijangka tidak memberi keterangan hari ini.

No comments: