Friday, January 25, 2008

Dollah rayu pengundi beri masa kepadanya untuk tunai janji

Dollah rayu pengundi beri masa kepadanya untuk tunai janji

Posted on Wednesday, January 23 @ 17:43:51 EST by reformis

Kalau BN yang memang hanya empat kerusi DUN pada tahun 1999 boleh merampas semula Terengganu pada tahun 2004 dengan memenangi 28 kerusi, adalah tidak mustahil bagi Pas mengulangi sejarah itu kerana ia juga mempunyai empat kerusi DUN kini.Oleh A Kadir JasinSELEPAS pilihan raya umum 1995, saya menulis sebuah rencana dalam akhbar Utusan Malaysia mengenai pencapaian Barisan Nasional, khas Umno di Kedah.Saya mengatakan yang kepemimpinan BN negeri itu tidak boleh terlalu gembira dan selesa dengan kemenangan besar mereka kerana peratusan undi popular yang memisahkan BN dengan Pas adalah kecil – antara lima hingga 15 peratus di banyak kawasan.Pada PRU itu, BN memenangi 34 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri.Kepemimpinan BN Kedah, khasnya penyokong Menteri Besar ketika itu Othman Arof, begitu marah dengan analisis dan amaran saya itu. Mereka tidak mahu belon mereka dipecahkan.Tetapi pada PRU 1999, Pas menyapu bersih kesemua kerusi marginal DUN dengan memenangi 12 kerusi DUN berbanding BN yang memperoleh 24.Kira-kira enam bulan sebelum PRU 1999 diadakan dan sebelum pemecatan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, saya ke Kuala Terengganu untuk menghadiri suatu majlis anjuran akhbar Berita Harian yang dirasmikan oleh Menteri Besar ketika itu Wan Mokhtar Ahmad.Kajian rambangKerana majlis itu membabitkan banyak guru dan pegawai pendidikan,saya meminta seorang bekas guru yang dilatih di Terengganu untuk membuat kajian rambang mengenai sentimen mereka terhadap BN.Saya terperanjat dan hampir-hampir tidak percaya apabila dia memberitahu bahawa sentimen di kalangan guru dan hadirin yang ditemu bualnya adalah anti-Wan Mokhtar. “Kita akan ajar Wan Mokhtar”. Itulah reaksi ringkas dan spontan mereka.Pada PRU 1999, kata dua itu menjadi kenyataan. Pas merampas Terengganu. BN hanya mampu memperoleh empat daripada 32 kerusi DUN. Penentangan penyokong Umno sendiri terhadap Wan Mokhtar dan pemecatan Anwar membantu kemenangan Pas.Begitu juga dengan PRU 2004. Gabungan “euphoria” mengenai pelantikan “orang baik”, “Mr Nice Guy” dan “orang alim” sebagai Perdana Menteri dan rasa terhutang budi kepada Dr Mahathir Mohamad memberikan BN kemenangan luar biasa kepada BN.Sebenarnya kita boleh mengukur sentimen dan tahap sokongan pemilih kepada sesebuah parti, khas parti pemerintah, dengan agak mudah. Cakap-cakap kedai kopi dan pekan sehari cukup bermakna.Instrumen perisikanOleh sebab itulah instrumen perisikan yang sepatutnya digunakan untuk menjaga keselamatan negara sering disalahgunakan untuk membuat perisikan politik kepartian bagi pihak pemerintah.Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sendiri mengakaui bahawa BN tidak akan dapat mengulangi kemenangan besar 2004.Akhbar Internet Malaysiakini melaporkan begini: “Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi today openly conceded that the ruling Barisan Nasional coalition will not be able to repeat its astounding electoral feat at the 2004 polls.”Abdullah dipetik sebagai berkata bahawa 2004 adalah waktu yang luar biasa. Ia adalah waktu peralihan (daripada Dr Mahathir kepada beliau) dan harapan (pengundi) adalah tinggi. Sekarang kita sudah melaksanakannya, dan pelaksanaan memerlukan banyak perkara.Malaysiakini melaporkan begini: “2004 was an exceptional time. It was a transitional period, a time of high hopes. Now we have to implement, and implementation requires a lot of things.”Laporan The Star pula mengatakan yang Perdana Menteri merayu pengundi memberikan masa yang lebih lama bagi beliau mengotakan janji-janjinya.Rayu mandat baruKata Abdullah dia memerlukan mandat baru kerana pemerintahannya dalam proses melaksanakan program-program yang dijanjikan.Secara rambang, kita boleh meneka yang BN akan mengalami keadaan yang membimbangkan atau setidak-tidaknya pun mencabar, di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Terengganu dan Kedah.Usaha mempertahankan Terengganu semakin mencabar manakala kemungkinan diasak dengan hebat di Kedah semakin jelas dan harapan merampas semula Kelantan tipis.Kalau BN yang memang hanya empat kerusi DUN pada tahun 1999 boleh merampas semula Terengganu pada tahun 2004 dengan memenangi 28 kerusi, adalah tidak mustahil bagi Pas mengulangi sejarah itu kerana ia juga mempunyai empat kerusi DUN kini.Selain isu sejagat seperti kenaikan kos sara hidup dan peningkatan jenayah, isu tempatan yang mungkin memberi kesan besar kepada pengundi Terengganu adalah dakwaan mengenai pengalihan sumber kewangan negeri kepada projek glamor seperti perlumbaan kapal layar.Pengundi terpedayaDi Kedah pula, selain kenaikan harga barang dan perkhidmatan, pengundi rasa terpedaya kerana “janji” yang dibuat oleh perayu-perayu untuk menaikkan subsidi padi tidak ditunaikan.Ini mungkin “lepas cakap” oleh perayu-perayu undi BN semasa kempen pilihan raya, tetapi penanam padi mempercayainya dan mereka menuntut agar ditunaikan.Harapan menawan semula Kelantan yang jatuh ke tangan Pas pada PRU 1990 akibat krisis 1987 yang menyebabkan Tengku Razaleigh berpakat dengan Pas adalah tipis walaupun puak-puak Umno di negeri itu memberi gambaran yang amat optimistik.Umno sendiri berpecah-belah dengan bermacam ketua dan kepala sedangkan Menteri Besar, Nik Abdul Aziz, terus berpengaruh dan diperkuatkan pula oleh kemunculan pemimpin muda yang bukan dari aliran agama atau dari golongan ulama.Serentak itu, Umno tidak boleh memandang ringan kemungkinan ia hilang kerusi di Perlis, Pulau Pinang, Perak dan Pahang di mana Pas mempunyai sejarah sokongan yang lama dan pernah menang.Bagi negeri-negeri yang lebih seimbang pembahagian kaum, ancaman terbesar terhadap BN adalah di Pulau Pinang yang pernah dimenangi oleh pembangkang. Dalam PRU 1969 negeri itu jatuh ke tangan Parti Gerakan yang pada waktu itu parti pembangkang.AncamanWalaupun pakatan tiga parti utama BN iaitu Umno, Gerakan dan MCA berjaya mengekalkan pemerintahan di negeri sejak PRU 1974, namun pengaruh pembangkang, khasnya DAP terus, menjadi ancaman.Masalah pembangkang pada beberapa PRU kebelakangan ini adalah ketidakmampuan mereka mengemukakan barisan calon dan dasar yang meyakinkan di negeri itu. Atau semata-mata kerana mereka terlalu bercakap besar.Lagipun pengundi bukan Melayu Pulau Pinang berasa perlu memberi kemenangan kepada BN kerana Pulau Pinang adalah satu-satunya negeri yang mempunyai Ketua Menteri bukan Melayu secara terterusan sejak merdeka.Selain isu sejagat yang disebutkan di atas, beberapa isu tempatan akan menentukan sentimen pengundi. Ini termasuklah pelaksanaan beberapa projek mega sektor awam seperti Jambatan Pulau Pinang Kedua yang belum ada ketentuan dan Koridor Utara yang baru diumumkan.Antara projek swasta yang sudah pun mencetuskan kontroversi adalah Projek Bandar Raya Global Pulau Pinang di tapak padang lumba kuda Batu Gantung dan pemindahan padang lumba kuda ke Bandar Baru Batu Kawan di Seberang Perai.Pelan asas Jambatan Pulau Pinang Kedua secara tidak langsung memberi gambaran bahawa laluannya adalah bagi menyambungkan Projek Bandar Raya Global Pulau Pinang dengan Bandar Baru Batu Kawan yang secara kebetulan dimiliki oleh pemilik yang sama.Nilai tinggiPelaksanaan dua projek ini akan memberi peluang baru yang cukup besar kepada penduduk negeri itu yang berduit untuk memiliki harta nilai tinggi di Pulau Pinang dan Seberang Perai.Pertumbuhan bandar-bandar baru raksasa ini akan menambahkan aset orang bukan Melayu dan pada masa yang sama mencabar usaha dan kemampuan Umno menyekat proses peminggiran orang Melayu Pulau Pinang.Hakikat bahawa orang Melayu Pulau Pinang adalah antara kelompok bangsa Melayu yang paling terpinggir dan tercicir bukanlah rahsia lagi. Ini menjadi pekung di dada dan parut di muka yang ketara bagi kepemimpinan Umno negeri itu.BN juga akan mengalami keadaan yang mencabar di kawasan-kawasan bandar di Perak, Selangor dan Melaka di mana majoriti pemilihnya adalah bukan Melayu dan mirip kepada menyokong pembangkang.Kelas menengahPada PRU ini, besar kemungkinan mereka disertai oleh pemilih Melayu kelas menengah dan profesional yang semakin kritikal terhadap dasar BN dan keperibadian pembesar-pembesarnya yang dilihat sebagai kurang integriti.Harapan terbesar BN mengekalkan kuasa majoriti bergantung besar kepada negeri-negeri setia seperti Johor, Sarawak dan Sabah.Ungkapan bahawa jika BN meletakkan ketul batu pun orang akan undi mungkin masih tepat bagi pengundi Johor yang luar biasa kesetiaannya kepada Umno dan BN.Sarawak dijangka terus memberi kemenangan padu kepada BN kerana BN Sarawak adalah unik dalam erti kata ia tidak membabitkan parti-parti BN.Selain itu, kedudukan istimewa Dinasti Taib-Abdul Rahman dikatakan semakin kuat berikutan berakhirnya permusuhan antara Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud dengan bapa saudaranya, bekas Gabenor, Abdul Rahman Ya’kub.Apa pun andaiannya, keupayaan BN terus berkuasa selepas PRU ini bukan semata-mata kerana ia kuat atau berjaya memenuhi aspirasi pengundi tetapi kerana pembangkang sendiri masih belum berjaya menunjukkan kemampuannya, bermula dengan kemampuan berpakat.Harapan mereka membentuk barisan yang menyamai BN terus kabur. Atau mungkin juga lebih baik bagi mereka jika mereka tidak terus mencuba membentuk pakatan yang tidak praktikal.Tanggapan kerajaan lemahSebaliknya mereka berusaha mengambil kesempatan daripada tanggapan bahawa kerajaan kini lemah (perceived to be weak), khasnya berkaitan janji-janji yang tidak terlaksana serta isu-isu sosial seperti kenaikan harga barang, peningkatan jenayah dan suasana ekonomi dalam dan luar negara yang semakin tidak menentu.Tidak kurang pentingnya adalah isu dalaman Umno dan BN sendiri seperti pemusatan kuasa di tangan beberapa orang dan kumpulan tertentu di sekeliling Perdana Menteri dan Presiden Umno, salah laku moral dan tuduhan rasuah dan salah guna kuasa seperti pembahagian kontrak tanpa tender terbuka.Apa pun, kita boleh menjangka bahawa PRU kali ini, sama ada bulan depan atau tahun depan, menjanjikan cabaran yang lebih besar kepada BN dan peluang yang lebih luas kepada pembangkang.

No comments: