Thursday, January 24, 2008

Drama VK Lingam mampu tandingi filem Tamil Svaji The Boss!

Drama VK Lingam mampu tandingi filem Tamil Svaji The Boss!
Tarmizi Mohd Jam Thu Jan 24, 08 1:34:40 pm MYT

Kuala Lumpur, 24 Jan (Hrkh) - Dato' Seri Anwar Ibrahim menyifatkan drama para pelakon utama dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja Klip Video VK Lingam sebagai filem Tamil yang mampu menandingi Svaji the Boss. -->
"Nama saya disebut dua kali oleh VK Lingam dalam video tersebut, saya telah menerima sapina, dan hanya menunggu giliran! Sekonyong-konyong setelah berulangkali ditanya peguam, suruhanjaya berbicara: Gerangan alasan apa perlu hadir? Sila catat dulu!" ujar Anwar dalam satu kenyataan ringkasnya.
Anwar turut mempersoalkan, mengapa hanya beliau dan tidak Tun Dr Mahathir atau Tun Eusoff Chin yang disapina? "Nanti kami menitahkan kemudian ujar mereka."
"Ada keterangan baru, peguam saya berhujah. Dato' Abdul Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia memberitahu beliau diarah memfitnah saya, bahawa saya punyai simpanan RM3 billion di luar Negara," jelas Anwar berkenaan perkembangan terbaru isu Klip Video VK Linggam.
Katanya, selain PM ketika itu, Tengku Adnan Mansor dan tauke judi Vincent Tan turut terlibat.
"Ha, sekali lagi VK Lingam yang memaksa beliau membuat pengakuan bersalah di mahkamah kerana telah merundingkan penyelesaian dengan Ketua Hakim Eusoff Chin," bentak Anwar.
Sebelum ini, VK Lingam yang dipanggil memberi keterangan mengakui mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan dan Menteri Pelancongan, Dato' Tengku Adnan Tengku Mansor
Linggam sebelum ini dikaitkan sebagai orang yang berbual melalui telefon dengan Hakim Besar Malaya ketika itu, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai percaturan kedudukan hakim-hakim kanan. Lingam mengaku menyaksikan rakaman selama 14 minit itu, yang didedahkan September lalu.
Linggam mengaku kenal dengan Vincent Tan dan Tengku Adnan meskipun sebelum ini Tengku Adnan menyifatkan lelaki itu mabuk, yang dipercayai taktik Tengku Adnan untuk mengelak dari dikaitkan dengan peguam yang terkandung dalam klip vedio tersebut.
Firma guamannya merupakan salah sebuah panel peguam bagi syarikat Kumpulan Berjaya milik Vincent Tan dan pernah mengendalikan urusan guaman untuk ahli perniagaan tersebut sejak 1991, katanya.
Lingam mengenali Tengku Adnan sejak 1990 ketika beliau menjadi Pengarah Eksekutif Kumpulan Berjaya .
Semasa ditanya sama ada beliau yang sedang berbual di dalam video tersebut, Lingam berkata: "Nampak macam saya, bunyi pun macam saya".
Beliau juga menafikan bahawa Ahmad Fairuz adalah orang yang berbual dengannya.
Minggu lalu, Eusoff Chin menjadi sasaran pertanyaan para peguam berhubung percutian kontroversi tersebut pada 1995, yang pada mulanya didedahkan melalui Internet.
Eusoff berkata, beliau terserempak dengan Lingam sewaktu bercuti di New Zealand dan peguam itu mahu mengikutnya di sana. Para peguam, bagaimanapun, mendakwa mereka pergi bercuti bersama mencerminkan hubungan rapat antara mereka.
Paling menarik, hingga kini, Linggam tidak mengiya dan menidakkan siapa imej manusia yang bercakap melalui telefon seperti dalam Klip Video VK Linggam itu.
Semasa ditanya sama ada beliau yang sedang berbual di dalam video tersebut, Lingam berkata: "Nampak macam saya, bunyi pun macam saya". Beliau juga menafikan bahawa Ahmad Fairuz adalah orang yang berbual dengannya

No comments: