Sunday, January 20, 2008

Eusoff: Hubungan saya dengan Lingam tidak rapat

Eusoff: Hubungan saya dengan Lingam tidak rapat
Kuek Ser Kuang Keng Jan 18, 08 1:37pm

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin hari ini berkata beliau mengenali peguam Datuk VK Lingam sejak awal tahun 1990-an ketika beliau menjadi hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Katanya, beliau pertamakali bertemu Lingam ketika peguam tersebut datang untuk membincangkan satu kes dengannya. Eusoff tidak pula menyatakan sama ada mereka bertemu di pejabatnya ataupun di tempat lain.Bagaimanapun, Eusoff menambah, hubungannya dengan peguam itu tidak rapat. “Ianya merupakan satu hubungan biasa. Bukan hubungan rapat," katanya kepada suruhanjaya diraja yang menyiasat klip video Lingam.Eusoff adalah saksi yang ke-11 dipanggil memberi keterangan dalam siasatan tersebut bagi menentukan, antara lain, ketulenan klip video tersebut di mana Lingam didakwa mengatur perlantikan hakim-hakim, di dakwa dengan Hakim Besar Malaya ketika itu, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.Eusoff juga ditanya mengenai percutiannya ke luar negeri bersama Lingam. Bekas ketua hakim negara itu menegaskan bahawa beliau kebetulan bertemu dengan Lingam dan keluarganya ketika percutian tersebut dan Lingam mahu ikut sama.Gambar percutian Ekoran banyak soalan yang dikemukakan kepada Eusoff, anggota suruhanjaya tersebut, Datuk Steve Shim bertanya sama ada beliau mahu perkara itu ditangguhkan untuk membolehkannya melantik seorang peguam.Eusoff bersetuju sambil menyatakan suruhanjaya itu bertindak tidak wajar dengan membenarkan soalan-soalan yang tidak relevan ditanya kepadanya.Siasatan tersebut kemudiannya ditangguhkan hingga Isnin depan. Hubungan Eusoff dengan Lingam sudah lama diperkatakan apabila gambar-gambar muncul di Internet, yang menunjukkan mereka bercuti bersama di New Zealand pada Disember 1994.Eusoff menafikan sebarang salahlaku, dengan menyatakan bahawa beliau terserempak dengan Lingam dan keluarganya ketika bercuti dan peguam tersebut telah ikut bersamanya melawat zoo.Sementara itu, peguam Wee Choo Keong memohon kepada suruhanjaya tersebut supaya memanggil adik Lingam - Thirunama - sebagai saksi untuk memberi keterangan mengenai hubungan rapat Lingam dengan Eusoff.Anggota suruhanjaya tersebut, Datuk Mahadev Shankar berkata, pihaknya akan menimbang permohonan tersebut selepas selesai mendengar keterangan Eusoff.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Eusoff memberitahu suruhanjaya diraja tersebut bahawa beliau dan Lingam berkongsi membayar kos pengangkutan antara dua bandaraya di New Zealand semasa percutian mereka dan keluarganya pada 1994.Eusoff, yang ketika itu Ketua Hakim Negara, berkata beliau hanya membayar separuh daripada kos pengangkutan tersebut untuk sebuah van dari Christchurch ke Queenstown setelah Lingam menawarkan untuk membayar separuh lagi tambang tersebut.Bekas Ketua Hakim Negara itu berkata beliau, isterinya Toh Puan Rosaini Mustaffa dan dua orang anaknya, Zubaidah dan Johan, telah menyewa sebuah van agensi pelancongan yang dipandu oleh rakyat New Zealand ke Queenstown.Wakil Majlis Peguam Ranjit Singh bertanya kepada Eusoff kenapa beliau tidak memberitahu Lingam bahawa beliau tidak akan berkongsi van dengan beliau (Lingam) dan keluarganya kerana adalah salah bagi seorang hakim berbuat demikian kerana Lingam ialah seorang peguam yang pernah mengendalikan kes di mahkamah beliau.Eusoff menjawab bahawa van itu boleh muat antara empat dan sembilan orang dan "kami ada lapan orang".Ranjit Singh juga bertanya sama ada Lingam peroleh program percutian Eusoff dan merancang lawatan itu hanya untuk rapat dengan Eusoff.Eusoff menjawab: "Saya tidak boleh katakan apa yang beliau (Lingam) fikir tetapi Hakim Datuk Edgar Joseph Jr, yang baru balik dari New Zealand, memberitahu saya bahawa negara itu adalah tempat yang menarik itu dilawati."Saya kemudian minta setiausaha saya menghubungi ejen pelancongan untuk mengaturkan lawatan untuk saya selama seminggu atau lebih.Bagaimanapun, beliau (Lingam) mahu ikut saya. Itu di luar kawalan saya," katanya.
Tidak kenal TanMenjawab soalan Nordin sama ada beliau mengenali ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, beliau menjawab: "Tidak kenal".Bagaimanapun, Eusoff berkata beliau pernah berjumpa dengan Tan di beberapa majlis sosial termasuk sambutan Hari Raya.Kepada soalan pegawai pengendali inkuiri itu, Datuk Nordin Hassan,Nordin sama ada beliau pernah melihat rakaman klip video seorang peguam berbual tentang pelantikan hakim melalui telefon, Eusoff berkata : "Ada, BPR (Badan pencegah Rasuah) pernah tunjuk kepada saya.Ditanya sama ada beliau melihat lelaki yang berada dalam video klip itu, Eusoff berkata beliau tidak boleh cam sebab masa itu klip video itu tidak jelas.Nordin kemudian meminta kebenaran supaya klip video itu dimainkan dalam prosiding bagi tujuan pengecaman.Selepas klip video itu dimainkan bagi kali keempat sejak prosiding inkuiri bermula Isnin lepas, Eusoff masih gagal mengecamkan lelaki ituberdasarkan imej.Bagaimanapun, beliau berkata suara lelaki itu seakan-akan suara Lingam.Suruhanjaya itu dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohamed Noor dan dianggotai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar, bekas Peguamcara Negara, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan Ahli Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) Prof Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Khim.Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid bertindak sebagai setiausaha suruhanjaya.

No comments: