Tuesday, January 29, 2008

Lingam buat kejutan di siasatan suruhanjaya diraja

Lingam buat kejutan di siasatan suruhanjaya diraja
Jan 28, 08 7:18pm
Peguam Datuk VK Lingam mengejutkan prosiding suruhanjaya siasatan diraja hari ini apabila mendaka, peguam kanan Robert Lazar pernah meminta pertolongannya supaya dilantik menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada awal 2000.Dakwaannya itu turut mengejutkan barisan peguam yang mewakili Majlis Peguam Malaysia dalam siasatan terhadap klip video Lingam.Lazar, bagaimanapun tidak hadir hari ini. Bagaimanapun, beliau terus mengeluarkan penafian melalui rakan peguamnya.Lingam membuat dakwaan tersebut ketika disoal oleh peguam Ranjit Singh yang mewakili Majlis Peguam berhubung keterangan awalnya bahawa seorang peguam pernah meminta pertolongannya supaya dilantik sebagai hakim.Lingam mendakwa, Lazar telah menemui beliau pada awal tahun 2000 bagi mendapatkan pertolongan untuk berjumpa dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memandangkan beliau ingin dilantik menjadi Hakim Mahkamah Rayuan.Sementara itu, Bernama melaporkan, Lingam berkata pada masa itu Lazar merupakan seorang peguam dan beliau mahu dilantik terus sebagai Hakim Mahkamah Rayuan tanpa dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman atau Hakim Mahkamah Tinggi terlebih dahulu seperti yang sepatutnya."Memandangkan saya mewakili Mirzan Mahathir dalam satu kes sivil, manakala Lazar mewakili pihak yang satu lagi, Lazar menemui saya supaya tidak berjumpa (Tun) Eusoff Chin untuk mendapatkan pertolongan agar beliau (Lazar) dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan, sebaliknya bercakap dengan Dr Mahathir.
Anak Dr Mahathir"Saya beritahu Lazar saya tidak mengenali Dr Mahathir, selepas itu beliau (Lazar) meminta saya bercakap dengan anak lelaki Dr Mahathir (Mirzan). Bagaimanapun saya katakan kepada Lazar, Mirzan anak guam saya," katanya.Lingam memberitahu suruhanjaya itu bahawa Lazar menemui beliau beberapa kali tetapi beliau tidak dapat membantu Lazar berhubung perkara itu.Ditanya Ranjit Singh, kenapa Lazar mempunyai tanggapan bahawa beliau (Lingam) boleh menolongnya dalam pelantikan itu dan dapat terus berjumpa Dr Mahathir, Lingam menjawab: "Saya rasa mungkin beliau (Lazar) terdesak untuk menjadi hakim seperti Hakim Gopal Sri Ram."Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Gopal Sri Ram, yang ketika itu seorang peguam, dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan tanpa dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman atau Hakim Mahkamah Tinggi.Terdahulu, ketika menjawab soalan Ranjit, Lingam menafikan yang beliau mempunyai hubungan akrab dengan Lazar tetapi berkata Lazar amat dikenalinya.Perkara berkaitan Lazar itu ditimbulkan selepas peguam Mohd Fauzi Mat Zain, yang mewakili bekas Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin, bertanyakan Lingam jika ada sesiapa yang datang menemui beliau (Lingam) untuk mendapatkan pertolongan berhubung pelantikan hakim.Di peringkat ini, nama Lazar belum didedahkan lagi. Nama "Robert Lazar" hanya disebut apabila Ranjit bertanyakan Lingam mengenai perkara itu.
Percutian ke New ZealandLingam berkata seseorang (Lazar) ada datang untuk mendapatkan pertolongannya bagi membolehkan beliau (Lazar) dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan."Bagaimanapun orang itu mahu saya berjumpa Dr Mahathir bukannya Eusoff," kata Lingam.Di peringkat ini, pesuruhjaya Tan Sri Haidar Mohamed Noor mencelah dengan bertanya "Adakah ini ketika rejim Eusoff?"Lingam menjawab: "Ya".Kepada satu lagi soalan oleh Mohd Fauzi, mengenai percutian beliau ke New Zealand bersama Eusoff pada 1994, Lingam menafikan beliau melunaskan kesemua perbelanjaan."Saya tidak membayar untuk percutian itu. Tidak walaupun satu sen pun," katanya.Lingam turut menafikan beliau pernah memperkenalkan Eusoff kepada rakan peguam dan perniagaannya agar melantik Eusoff sebagai konsultan mana-mana syarikat selepas persaraannya (Eusoff).Haidar kemudian berkata soalan itu tidak pernah ditanya atau dibangkitkan oleh peguam dalam inkuiri berkenaan.Kepada soalan lain, berkaitan gambar keluarga yang diambil di New Zealand, Mohd Fauzi bertanya Lingam sama ada beliau (Lingam) pada bila-bila masa berjumpa isteri Eusoff dan anak-anaknya mengenai pelantikan hakim.
Soal LazarLingam berkata beliau tidak pernah berbuat begitu, Selepas Lingam menjawab, Haidar memberitahu Mohd Fauzi supaya lebih realistik dalam soalannya."Saya bukan menghalang anda tetapi bersikap realistik lah. Umur anak Eusoff masa itu dalam lapan atau 10 tahun. Kalau umur mereka 20 tahun, itu saya faham lah," kata Haidar.Menjawab soalan peguam M.Puravelan, yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim, sama ada Lingam mempunyai masalah dengan daya ingatannya memandangkan Lingam menjawab "tidak ingat" sebanyak 26 kali dalam jawapannya pada inkuiri itu, Lingam berkata beliau tidak pernah menghadapi masalah seperti itu.Disoal selanjutnya oleh Puravelan, Lingam berkata beliau merupakan seorang pengamal undang-undang yang aktif.Mengenai soalan berkaitan Dr Mahathir, Lingam berkata beliau hanya mengenali Dr Mahathir selepas bekas Perdana Menteri itu menggunakan khidmat beliau sebagai peguam dalam saman yang difailkan oleh Anwar terhadap Dr Mahathir."Saya hanya bertemu beliau selepas beliau menggunakan khidmat saya sebagai peguam. Selain dari itu, saya tidak pernah menemui beliau secara peribadi, namun saya sering bertemu beliau di majlis umum. Saya juga tidak pernah pergi ke rumah beliau (Dr Mahathir)," kata Lingam.Pada sesi tengah hari, seorang lagi wakil dari Badan Peguam Malaysia, Yeo Yang Poh meminta suruhanjaya itu memanggil Lazar untuk memberikan keterangan berhubung kenyataan Lingam mengenai "pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan" beliau."Kita tidak tahu sama ada keterangan Lingam itu benar atau sebaliknya. Bolehkah saya mengemukakan permohonan supaya Lazar dipanggil memberikan keterangan esok," kata Yeo.Haidar bertanya Yeo sama ada Lazar hadir pada inkuiri hari ini dan peguam itu menjawab Lazar tidak hadir memandangkan beliau mempunyai kes di Mahkamah Tinggi dan tengah hari pula di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk kes yang lain."Beliau hanya ada esok," kata Yeo.Haidar membenarkan Lazar memberikan keterangan berhubung kenyataan Lingam bahawa beliau (Lazar) meminta Lingam bertemu Dr Mahathir untuk melantik beliau (Lazar) terus sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.

No comments: