Monday, January 28, 2008

MEDIA KERAJAAN KEPUNYAAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA, BUKAN BARISAN NASIONAL

Kenyataan Media
28 Januari 2008
Media Kerajaan Kepunyaa Semua Rakyat Malaysia, bukannya Barisan Nasional
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) ingin menegaskan bahawa semua bentuk media kerajaan, termasuk RTM, kepunyaan semua rakyat Malaysia dan bukannya harta peribadi Barisan Nasional.
BERSIH ingin mengingatkan Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi bahawa 36% daripada undi yang mengundi Pembangkang pada 2004 juga merupakan pembayar-pembayar cukai daripada kos operasi RTM. Oleh yang demikian, 36% daripada kos operasi RTM dibiayai oleh pengundi-pengundi Pembangkang. Ini juga bermakna 36% daripada gaji Ahmad Zahid dibayar oleh 36% rakyat yang tidak bersetuju dengan kenyataan beliau.
Timbalan Menteri ini telah mencela rakyat Malaysia dengan memberi kenyataan secara sombong bahawa pihak Kementerian akan mengkaji “sama ada ingin membenarkan pemimpin-pemimpin pembangkang untuk berkempen melalui RTM di pilihanraya umum akan datang akan memberikan manfaat kepada rakyat”.
Kenyataan tersebut dilaporkan oleh Bernama pada 24 Januari 2008. Pemanfaatan daripada mesej yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak ini hanya ditentukan oleh semua rakyat Malaysia, bukannya Kementerian.
Seperti perumpamaan Melayu, “berani kerana benar, takut kerana salah”, sekiranya Barisan Nasional yakin kempen mereka lebih memberi manfaat kepada rakyat, mengapa mereka perlu takut kepada bekongsikan lapangan yang sama kepada pemimpin-pemimpin Pembangkang? Mengapa mereka perlu menafikan hak pengundi-pengundi peluang untuk memaklumkan sesuatu keputusan?
Perdana Menteri Abdullah Badawi megah dengan pemimpin-pemimpin dunia terhadap kejayaan-kejayaan Malaysia sewaktu Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland tidak berapa lama dahulu. Mengapa beliau tidak berani untuk bersemuka dengan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Hadi Awang di Negara sendiri di dalam debat secara langsung yang disiarkan semasa pilihanraya-pilihanraya?
BERSIH mendesak Timbalan Menteri Penerangan untuk memperbetulkan fakta-faktanya, Pemimpin-pemimpin Pembangkang daripada tiga parti pembangkang seperti Mustafa Kamil, Saifudin Nasution, Shamsul Iskandar, Dr Dzulkifli Ahmad, Husam Musa, Dr Lo'Lo’ Ghazali, Lim Guan Eng, Loke Siew Fook, Dr. Tan Seng Giaw, Teng Chang Khim kesemuanya pernah muncul melalui program Debat Perdana. Walaubagaimana pun, panel-panel Pembangkang diberikan layanan yang tidak adil semasa rancangan itu apabila mereka sering dipotong atau diberikan masa yang singkat dalam pembentangan mereka atau semasa menjawab soalan-soalan yang diutarakan.
Apa yang BERSIH minta ialah supaya RTM mengacarakan rancangan berbentuk Debat Perdana yang memaparkan calon-calon yang bertanding semasa tempoh kempen pilihanraya, seperti rancangan Leader Debate di Australia atau pun debat-debat cara Amerika yang disiarkan semasa pertandingan calon-calon presiden.
BERSIH ingin menegaskan bahawa lapangan pertandingan yang adil – bermula dengan menghormati sempadan di antara parti dan kerajaan. Ia adalah syarat asas ke arah pilihanraya-pilihanraya bersih, bebas dan adil.
Komen yang diberikan oleh Ahmad Zahid Hamidi yang berbbentuk partisan membuktikan bahawa Negara ini memerlukan AKta Kesaksamaan Pentadbiran, di mana BERSIH beberapa kali utarakan selain daripada tuntutan-tuntutan jangka-pendek iaitu pemansuhan pengundian pos domestic, pembersihan senarai pemilih, penggunaan dakwat kekal dan akses adil kepada media.

Dikeluarkan oleh ahli-ahli Jawatankuasa Induk:

Wong Chin Huat - Pengerusi, Writers Alliance for Media Independence (WAMI)

V. Gayathry – Pengarah Eksekutif, Centre for Independent Journalism (CIJ)

No comments: