Tuesday, January 29, 2008

Mustapa Mohamed guna siswazah untuk kempen Umno Kelantan

Mustapa Mohamed guna siswazah untuk kempen Umno Kelantan
Intan Abdullah Tue Jan 29, 08 10:41:31 am MYT
KUALA LUMPUR, 29 Jan(Hrkh) - Umno-BN Kelantan yang kini berada dalam keadaan tertekan meneruskan usaha bagi menakluk kembali kerajaan Kelantan daripada tangan PAS dengan menggunakan pelbagai cara.

Meskipun umum mengetahui sikap dan tindakan Umno-BN yang seringkali menggunakan jentera serta aset kerajaan sewenang-wenangnya untuk kepentingan mereka, hal ini sememangnya berterusan dan semakin ketara menjelang pilihan raya tidak lama lagi.
Terbaru, mahasiswa Kelantan semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dikerahkan menghadiri satu program, Pemantapan Siswazah di Jeli, Kelantan pada 26 hingga 28 Januari lalu.
Surat arahan daripada Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mustapa Mohamed, Dr Azmi Setapa yang meminta setiap IPTA menghantar seramai 10 orang anak Kelantan ke program tersebut.
Menurut sumber, berdasarkan surat dan lampiran aturcara program yang diterima program tersebut seolah-olah bertujuan untuk memberi motivasi mengenai kaedah pembelajaran kepada mahasiswa Kelantan ini.
Namun, sebahagian daripada peserta ini berasa kecewa dan berasa tertipu apabila dimaklumkan untuk membuat culaan undi ke kampung-kampung dalam kawasan Jeli tersebut setelah para peserta ini tiba di tempat program.
Atas rasa tidak puas hati itu, ada yang bertindak pulang semula ke kampus masing-masing kerana tidak mahu meninggalkan kuliah pada 28 Januari yang telah dijadualkan untuk mereka menjalani tugasan menjalankan aktiviti culaan di Jeli.

No comments: