Thursday, January 24, 2008

Timbalan Menteri BN beri perlindungan kepada perogol?

Timbalan Menteri BN beri perlindungan kepada perogol?
Posted on Thursday, January 24 @ 12:34:39 MYT by SongkokPutih Oleh insafrasa

"KES ROGOL CUCU OLEH SEORANG DATUK MENDAPAT PERLINDUNGAN SEORANG TIMBALAN MENTERI KABINET MALAYSIA.Saya mewakili penduduk di sekitar kampung Limbawang Beaufort (Parlimen Beaufort) dengan hormatnya menulis aduan ini pada pihak media dan pihak-pihak tertentu untuk disiasat dan diambil tindakan mengenai kes rogol. Kes rogol ini berlaku pada tahun 2007 antara bulan November dan Disember di mana murid perempuan bernama Nursyafikah Binti Jhoni berumur 8 tahun dirogol oleh datuknya. Murid berkenaan bersekolah di SK Mempagar Beaufort. Murid ini dikatakan tidak tahan lagi menjadi bahan cacian oleh rakan-rakan di sekolahnya. Rakan-rakan murid berkenaan telah melaporkan kepada guru berkenaan isu ini. Penyiasatan guru-guru mengesahkan bahawa murid terbabit telah dirogol beberapa kali oleh datuknya. Murid berkenaan juga telah dibawa membuat pemeriksaan di Klinik swasta Doktor Gan di Beaufort. Isteri Doktor Gan iaitu Doktor Noite Gan dan guru-guru bercadang membuat laporan polis dan sebelum itu mereka telah bertemu Timbalan Menteri Kabinet berkenaan yang juga sebagai wakil rakyat Parlimen Beaufort, tetapi wakil rakyat Parlimen yang bergelar Dato’ berkenaan menghalang dan meminta guru-guru supaya tidak melaporkan kepada polis dan meminta perkara ini dirahsiakan yang kononnya masalah ini adalah masalah keluarga dan diselesaikan melalui rundingan keluarga. ( Murid ini mempunyai kaitan keluarga dengan Timbalan Menteri Kabinet berkenaan). Hari ini banyak kes-kes kehilangan anak, rogol dan penderaan yang melibatkankan kanak-kanak. Jika kes ini disembunyikan apakah nasib mangsa? Adakah masa depannya akan terjamin? Mengapa Timbalan Menteri Kabinet berkenaan menghalang laporan pihak polis dibuat terhadap seorang datuk yang terbukti bersalah? Apakah ini satu usaha Timbalan Menteri berkenaan untuk menutup kes supaya tidak memalukan beliau sebagai orang yang mempunyai hubungan dengan perogol? Apakah begini perangai pemimpin-pemimpin BN? Rujukan Kes boleh di rujuk kepada ibu mangsa iaitu Dayang Norhayati Binti Safar, datuknya Safar Bin Amit, Guru Besar SK Mempagar dan Guru Kaunseling Puan Sa;eha Binti Haji Mohd.Juni. VIP terlibat: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia.

No comments: