Tuesday, January 29, 2008

MAHKAMAH Kini Sudah DIPERALAT Polis? Undang-Undang Apa Yang DIPAKAI Untuk Halang

MAHKAMAH Kini Sudah DIPERALAT Polis?
Undang-Undang Apa Yang DIPAKAI Untuk Halang
Posted on Tuesday, January 29 @ 12:22:18 MYT by greenboc
Oleh Prof Dr Abd Aziz BariUIAM
ADA beberapa hal yang perlu dinilai semula bagi mengelakkan kekeliruan dan ketakutan dalam kalangan rakyat ekoran tangkapan polis baru-baru ini.Laporan Malaysiakini.Com menyatakan bahawa pihak polis, buat kali ketiga, mendapat perintah mahkamah untuk menghalang beberapa tokoh tertentu untuk mengadakan protes.
Yang pertamanya, ialah perintah mahkamah yang didakwa oleh polis itu hanyalah perintah Mahkamah Majistret.
Di sisi undang-undang mahkamah, hatta Mahkamah Persekutuan sebagai mahkamah tertinggi negara, tidak boleh menggantung isi dan hak yang dijamin Perlembagaan.
Inikan masih lagi Mahkamah Majistret?
Yang kedua, kita tidak pasti undang-undang apa yang dipakai mahkamah berkenaan dalam memberi perintah yang dipohon oleh polis.
Apa pun, perlembagaan adalah undang-undang tertinggi dan undang-undang lain tidak boleh mengatasinya. Mahkamah tidak boleh mengambil 'precedent' dari England kerana negara itu tidak mempunyai undang-undang bertulis.
Yang ketiga, hanya Parlimen boleh menyekat hak di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Peranan mahkamah ialah mempertahankan hak itu. Bukannya menggantung atau menafikannya.
Majistret mungkin salah memahami perundangan?
Itu pun hanya boleh dibuat secara tidak langsung; yakni melalui undang-undang sebagai mana Akta Polis atau AUKU. Saya fikir majistret berkenaan telah salah dalam memahami undang-undang.
Perintah ini sebenarnya menyeret mahkamah ke kancah politik. Cuma yang menyedihkan ialah kenapa mahkamah mengeluarkan perintah itu?
Siapa dia majistret yang berbuat demikian dan di atas dasar apa? Undang-undang yang mana?
Apa pun seperti yang disebut di atas, tiada undang-undang yang boleh mengatasi perlembagaan. Mahkamah seharusnya membezakan kes ini dengan perintah biasa. Ini bukan kes sivil atau kes cerai dan lain-lain.
Sekarang, kita bercakap soal perlembagaan, yakni undang-undang awam bukan undang-undang keluarga atau undang-undang sivil tentang hubungan sesama individu yang tiada kena-mengena dengan hak awam.
Ini bukan kes melibatkan pergaduhan suami-isteri atau jiran tetangga yang mahkamah boleh mengeluarkan perintah seperti itu.
Nampaknya, majistret lupa kedudukan dan signifikan perlembagaan. Polis memang sudah lama tidak mempedulikan perlembagaan.
Dengan itu, tak timbul soal menghina mahkamah sebab perintah itu pun diragui kesahihannya. Dan apakah Mahkamah Majistret berkuasa menghukum apa yang dipanggil sebagai menghina mahkamah itu?
Perkara 126 dalam perlembagaan telah menyatakan bahawa kuasa menghukum itu berada di tangan Mahkamah Tinggi ke atas. Mahkamah Majistret adalah mahkamah rendah.
Agak jelas polis sudah kian terdesak dan kita tidak pasti apakah ini nasihat yang diberi oleh Peguam Negara?
Agensi-agensi ini perlu memahami prinsip-prinsip dasar perlembagaan.
'Go to the basics!'

Eusoff Chin nafi tidak baik dengan Dzaiddin

Eusoff Chin nafi tidak baik dengan Dzaiddin
Jan 29, 08 11:54am

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin menafikan bahawa beliau dan Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah tidak berbaik-baik dan tidak ada puak dalam bidang kehakiman semasa beliau memegang jawatan Ketua Hakim Negara. Eusoff, yang dipanggil semula untuk memberikan keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja semalam mengenai kontroversi klip video mendakwa peguam Datuk VK Lingam terbabit dalam pelantikan hakim dengan seorang hakim kanan, berkata, "hubungannya dengan Dzaiddin adalah mesra". Beliau menjawab soalan peguam Ranjit Singh yang mewakili Majlis Peguam berkaitan dakwaan dalam transkrip perbualan lelaki dalam klip video itu yang membayangkan hubungan Eusoff dan Mohamed Dzaiddin yang menggantikan beliau (Eusoff) sebagai Ketua Hakim Negara selepas Eusoff bersara pada 2000, adalah tidak baik. Menurut laporan Bernama, perenggan transkrip itu yang dirujuk kepada Eusoff ialah "Anda tahu bahawa masalah yang sama Tun Eusoff Chin ada... Beliau cuba buat semua ini dan... beliau menemui jalan buntu. Beliau tidak boleh berbuat demikian kerana ramai di puak sana..." Eusoff, 73, menjawab: "Saya tidak faham apa yang beliau cakap". Sambil ketawa, Eusoff berkata: "Tidak ada perkara seperti itu. Sebenarnya Saya tidak tahu apa yang beliau (orang yang bercakap di klip video itu) cakapkan."Bekas Ketua Hakim Negara itu dipanggil semula untuk memberikan keterangan semalam setelah suruhanjaya itu menangguhkan keterangan beliau pada 18 Januari lalu bagi membenarkan Eusoff melantik peguam. Eusoff kini diwakili peguam Zamani Ibrahim dan Datuk Hazman Ahmad. Merujuk kepada perenggan lain transkrip itu "Satu hari saya ke rumah Vincent Tan, saya marah dia... pada malam itu di rumahnya. Saya kata "celaka" jika awak tidak buat ini siapa lagi yang akan buat? Semua orang ini, Tun Eusoff Chin, Datuk Ahmad Fairuz, Tan Sri Zainon semua berbuat bersungguh-sungguh untuk kita", Eusoff berkata, makna perenggan itu tidak masuk akal kepada beliau dan hanya Lingam tahu jawapannya.'Pembohongan besar' Menjawab soalan lain sama ada bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim (lelaki yang dikatakan Lingam bercakap dengannya menerusi perbualan telefon) setia dengan beliau, Eusoff berkata, bukan hanya kepada beliau tetapi juga kepada sesiapa pun kerana mereka telah mengangkat sumpah jawatan.Beliau menafikan dakwaan bahawa beliau menerima sebuah telefon bimbit, sebuah beg tangan wanita dan satu dompet dari Lingam pada 1996 sambil mengatakan bahawa dakwaan perbualan dalam tanskrip tersebut itu direka-reka dan adalah satu pembohongan besar. Mengenai dakwaan adik lelaki Lingam bahawa Lingam memberikan sebuah rumah di Kampung Tunku kepada Eusoff pada Oktober 1995 tetapi Eusoff dan isterinya tidak berpuashati dengan rumah itu sebaliknya mereka mahu sebidang tanah yang lebih luas untuk membina sebuah rumah pilihan mereka, Eusoff berkata, tidak perlu bagi beliau mempunyai satu lagi rumah kerana isterinya telah membeli rumah yang mereka duduki sekarang pada 1995 melalui pinjaman kerajaan. Merujuk kepada perenggan lain dalam transkrip itu yang membayangkan orang yang bercakap melalui perbualan telefon rapat dengan beliau, Eusoff menafikan Lingam melawat beliau pada waktu siang atau malam. Eusoff menegaskan bahawa beliau tidak ada hubungan dengan Lingam. Menjawab soalan Ranjit kenapa beliau memikirkan orang yang bercakap melalui perbualan telefonnya bahawa beliau boleh pergi jumpa awak (Eusoff), Eusoff berkata: "Sesiapa boleh berjumpa dengan saya. Pintu terbuka walaupun bagi kakitangan beliau boleh jumpa saya. Saya tidak akan mengecewakan mereka." Beliau bersetuju dengan Ranjit bahawa Lingam boleh ke bilik pejabatnya jika beliau mahu tetapi menambah bahawa Lingam tidak pernah berbuat demikian. Eusoff juga berkata beliau tidak terbabit dengan dalam cara apa pun dalam pelantikan hakim sejak persaraan beliau kerana ada lagi ketua hakim sedang dilantik untuk mengendalikan perkara itu.

Lazar: Lingam mahu mengaibkan saya...

Lazar: Lingam mahu mengaibkan saya...
Chua Sue-An Jan 29, 08 1:29pm
Peguam kanan Robert Lazar hari ini menafikan bahawa beliau pernah meminta bantuan Datuk VK Lingam supaya dilantik menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada awal tahun 2000.
Lazar memberitahu suruhanjaya diraja yang menyiasat klip video Lingam pagi tadi bahawa beliau tidak pernah bercakap dengan Lingam mengenai perkara tersebut, walaupun Lingam mendakwa demikian.
Menjawab soalan, Lazar berkata, mungkin terdapat tiga sebab mengapa Lingam membuat dakwaan tersebut.
“Beliau mahu mengaib dan memalukan saya. Kedua, ia mungkin satu percubaan untuk membatalkan saya daripada mewakili Majlis Peguam dalam siasatan terhadapnya.
“Dan ketiga, hanya untuk mengalihkan perhatian," katanya.
Dalam keterangannya semalam, Lingam berkata, Lazar telah memintanya bercakap dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau (Lazar) dilantik terus ke Mahkamah Rayuan.
Dakwaan Lingam itu telah mengejutkan barisan peguam Majlis Peguam dalam siasatan tersebut.

Mustapa Mohamed guna siswazah untuk kempen Umno Kelantan

Mustapa Mohamed guna siswazah untuk kempen Umno Kelantan
Intan Abdullah Tue Jan 29, 08 10:41:31 am MYT
KUALA LUMPUR, 29 Jan(Hrkh) - Umno-BN Kelantan yang kini berada dalam keadaan tertekan meneruskan usaha bagi menakluk kembali kerajaan Kelantan daripada tangan PAS dengan menggunakan pelbagai cara.

Meskipun umum mengetahui sikap dan tindakan Umno-BN yang seringkali menggunakan jentera serta aset kerajaan sewenang-wenangnya untuk kepentingan mereka, hal ini sememangnya berterusan dan semakin ketara menjelang pilihan raya tidak lama lagi.
Terbaru, mahasiswa Kelantan semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dikerahkan menghadiri satu program, Pemantapan Siswazah di Jeli, Kelantan pada 26 hingga 28 Januari lalu.
Surat arahan daripada Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mustapa Mohamed, Dr Azmi Setapa yang meminta setiap IPTA menghantar seramai 10 orang anak Kelantan ke program tersebut.
Menurut sumber, berdasarkan surat dan lampiran aturcara program yang diterima program tersebut seolah-olah bertujuan untuk memberi motivasi mengenai kaedah pembelajaran kepada mahasiswa Kelantan ini.
Namun, sebahagian daripada peserta ini berasa kecewa dan berasa tertipu apabila dimaklumkan untuk membuat culaan undi ke kampung-kampung dalam kawasan Jeli tersebut setelah para peserta ini tiba di tempat program.
Atas rasa tidak puas hati itu, ada yang bertindak pulang semula ke kampus masing-masing kerana tidak mahu meninggalkan kuliah pada 28 Januari yang telah dijadualkan untuk mereka menjalani tugasan menjalankan aktiviti culaan di Jeli.

Ekonomi negara akan terus lemah di bawah BN

Ekonomi negara akan terus lemah di bawah BN
Wan Nordin Wan Yaacob Tue Jan 29, 08 1:00:27 pm MYT

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Hrkh) - Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak kononnya kerancakan ekonomi dan kemajuan sesebuah negeri hanya dapat berkembang dengan baik jika negeri itu dipimpin kerajaan Barisan Nasional (BN).
-->
Kenyataan ini jelas kelihatan takbur dan angkuh, dalam keadaan negeri-negeri termiskin di Malaysia masih lagi berada di bawah pentadbiran kerajaan Umno-BN, kata Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa.
Ini merujuk kepada jawapan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa sidang Dewan Rakyat pada 3 September 2007, bahawa lima negeri yang mempunyai kemiskinan tegar yang tertinggi adalah di Sabah (32400 orang), Terengganu (8300 orang), Perak (5,700 orang), Sarawak (5,200 orang) dan Kedah (5000 orang). Kesemua negeri ini adalah di bawah pemerintahan Umno-BN, katanya.
Bekas Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Tengku Putera Tengku Awang dilaporkan pada 8 Disember 2004 menyatakan bahawa tujuh negeri diklasifikasikan sebagai 'hampir muflis' kerana menanggung tunggakan bayaran balik pinjaman iaitu sebanyak Johor (RM512.24 juta), diikuti Kedah (RM491.83 juta); Pahang (RM312.29 juta); Kelantan (RM153.62 juta); Sabah (RM49.15 juta); Perlis (RM48.18 juta); Terengganu (RM190.77 juta) dan Negeri Sembilan (RM79.66 juta).
Enam daripada tujuh negeri yang disebut di atas adalah merupakan negeri di bawah pemerintahan Umno-BN, katanya.
Najib disarankan supaya menyemak kembali laporan Ketua Audit Negara pada tahun 2005 apabila Kerajaan Pas Negeri Kelantan menyaksikan lebihan RM170,000 dicatatkan meskipun belanjawan defisit dibentangkan, katanya.
Difahamkan tidak ada sebarang belanjawan lebihan yang dicatatkan oleh mana-mana negeri di Malaysia termasuklah di peringkat nasional selepas pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim pada September 1998, katanya.
AMK meragui apakah Najib kabur dengan fakta-fakta seumpama ini yang memperlihatkan lembabnya pentadbiran Umno-BN seusai 50 tahun kemerdekaan negara apabila masih wujud kemiskinan tegar yang berada di tahap mengecewakan di negeri-negeri di bawah pentadbiran BN, katanya.
AMK melihat, realiti Malaysia akan 'bankrap' akan menjadi realiti sekiranya Umno-BN terus diberi mandat untuk memerintah Malaysia untuk tempoh 5 ke 10 tahun akan datang, katanya.
"Sudah sampai waktunya rakyat tidak lagi disuap dengan fakta-fakta songsang dan terpencil, dan demi masa depan negara, rakyat wajib untuk berubah," ujarnya.

Kenyataan Hamid Othman menyimpang dari Islam

Kenyataan Hamid Othman menyimpang dari Islam
Awang Harun Tue Jan 29, 08 1:04:02 pm MYT

KUALA TERENGGANU, 29 Jan (Hrkh) – Kenyataan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman berhubung pelaksanaan hukum hudud dalam negara Islam menyimpang jauh daripada ajaran Islam.
-->
Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata, pelaksanaan undang-undang Islam termasuk hukum hudud merupakan ciri sebuah negara Islam.
Menurutnya, undang-undang Islam yang merangkumi hukum hudud mesti dilaksanakan di dalam pemerintahan Islam.
Ini, kerana katanya ia adalah perintah Allah dan Rasulullah yang mempunyai nas qat’i di dalam al-Quran dan hadis.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Hamid dalam sebuah akhbar kelmarin bahawa penilaian sama ada negara ini mengamalkan Islam sepenuhnya ataupun sebaliknya tidak wajar dilihat daripada satu isu sahaja.
Sebagai contoh kata Abdul Hamid, hukum hudud yang mahu dilaksanakan di negara ini tidak sepatutnya dijadikan isu besar kerana ia bukan tuntutan fardu ain.
“Kenyataan Abdul Hamid itu jauh menyimpang daripada Islam, kalau nak mengampu pun tidak sepatutnya beliau yang mempunyai pendidikan agama membuat kenyataan seperti itu,” ujarnya yang juga AJK Dewan Ulamak PAS Pusat.
Tambahnya, Hamid juga perlu menyedari bahawa negara ini masih mengekalkan dasar sekular dan pemerintah yang ada menolak dan menentang pelaksanaan undang-undang Islam.
Justeru katanya, adalah tidak wajar sama sekali bekas menteri itu membuat kenyataan sedemikian yang mengelirukan masyarakat Islam di negara ini.

Najib kepanasan hadapi tawaran pembangkang - Ustaz Ahmad Awang

Najib kepanasan hadapi tawaran pembangkang - Ustaz Ahmad Awang
Johari Jaafar Tue Jan 29, 08 10:48:30 am MYT

IPOH, 29 Jan (Hrkh) - Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak kini mula 'kepanasan' dalam menghadapi tawaran yang diberikan parti pembangkang khususnya PAS yang membawa slogan 'Negara Kebajikan', menyebabkan Timbalan Presiden Umno itu menjejajah ke seluruh negara dan mrnyifatkan tawaran tersebut 'tidak berpijak di bumi nyata'.

"Najib boleh kata apa yang dia hendak kata, bagi Umno apa yang PAS buat semua tidak betul, sebenarnya pemimpin-pemimpin Umno kian resah dan gelisah dengan tawaran yang dikemukakan oleh PAS bersama parti-parti pembangkang, tawaran menarik itu telah mencemaskan mereka kerana itulah Najib menyifatkan tawaran dari PAS itu tidak berpijak di bumi nyata."
Demikian ditegaskan oleh Naib Presiden PAS, yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang, yang ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri di sini ahad lalu.
"PAS tidak berkhayal dalam mengemukakan konsep negara kebajikan, perkara tersebut telah dipraktikkan lama di Kelantan, PAS bukan untuk memperbodohkan pengundi seperti yang Umno lakukan, tawaran kita memang berpijak di bumi nyata," ujar beliau.
Pemimpin-pemimpinUmno/BN sebenarnya 'terpukul' dengan kesediaan parti-parti pembangjkang untuk menurunkan harga minyak apabila berkuasa memerintah negara ini malah Umno merasakan tawaran itu satu `pukulan maut’ kepada BN.
"Oleh kerana itulah pemimpin-pemimpin BN akan cuba seberapa daya untuk meracuni fikiran rakyat dengan menyatakan tawaran yang dikemukakan oleh PAS dan parti-parti pembangkang sebagai tidak logik dan tidak berpijak di bumi nyata," katanya.
Kenaikan harga berangan-barangan serta kenaikan harga petrol menyebabkan rakyat bangun untuk bertindak menukarkan kerajaan yang sedia ada untuk digantikan dengan kerajaan baru yang barisi parti-parti pembangkang selepas pilihan raya ke 12 yang kian hampir, kayanya.
Menurut beliau lagi tawaran-tawaran yang dikemukakan parti pembangkang kali ini benar-benar menarik hati rakyat terutama hendak menurunkan harga petrol, pengajian percuma, pemberian biasiswa, sedangkan BN hampir pasti tidak akan menurunkan harga minyak.
"Jika BN menang lagi, semua barang akan naik, harga minyak tentunya dinaikkan lagi, kini rakyat sudah tahu helah BN, mereka tidak mahu terperangkap lagi," ujar beliau. - mr
Beliau yakin menjelang tarikh pilihanraya umum, pemimpin-pemimpin Umno/BN bukan sahaja `kepanasan’ tetapi tidur mereka juga tidak lena kerana diganggu oleh `mimpi ngeri’ kekalahan BN di tangan parti-parti pembangkang

Anwar dedah sambungan klip video Lingam

Anwar dedah sambungan klip video Lingam
Jan 28, 08 12:24am
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan 'segmen ketiga' klip video Datuk VK Lingam.Klip selama lima minit itu, yang menurut Anwar diberikan kepada beliau Jumaat lalu, disiarkan di lamanweb rasminya hari ini.“Klip ini mengemukakan bukti tambahan bahawa konspirasi yang sedang disiasat oleh suruhanjaya diraja bukan setakat percubaan untuk mengatur pelantikan (beiks Ketua Hakim Negara) Tun Ahmad Fairuz (Sheikh Abdul Halim) ke Mahkamah Persekutuan.“Segmen baru secara langsung membabitkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dzaiddin Abdullah yang didakwa menerima rasuah dari (peguam kanan Datuk ) VK Lingam dan (ahli perniagaan Tan Sri) Vincent Tan,” katanya dalam satu kenyataan.Dzaiddin menjadi Ketua Hakim Negara dari Disember 2000 hingga 2003 sebelum diganti oleh Ahmad Fairuz, yang bersara November lalu.,Anwar memetik Lingam sebagai berkata dalam klip tersebut (terjemahan): “Dan kita telah beri kepada beliau (Dzaiddin) hadiah paling mahal. Jangan tanya mengenainya lah. Saya telah beri padanya dan Vincent Tan telah beri padanya."Berbalik kepada suruhanjaya diraja yang ditubuhkan untuk menyiasat dua segmen pertama klip video yang didedahkan oleh Anwar, bekas timbalan perdana menteri itu berkata:“Walaupun penubuhan suruhanjaya tersebut telah memberi harapan kepada rakyat bahawa kewibawaan dan integriti badan kehakiman mungkin dapat dipulihkan, tetapi kita tidak yakin dengan prosidingnya dan keputusan prosedur yang dibuat oleh suruhanjaya itu setakat ini."Menurutnya, suruhanjaya diraja itu mesti beroperasi pada tahap integriti dan ketelusan yang paling tinggi.“Saya mengemukakan bukti baru ini kepada rakyat, dan bersedia memberi kerjasama penuh kepada prosiding suruhanjaya itu yang sedang berjalan sekarang," katanya.Walaupun Anwar, yang dipecat dari kerajaan dan Umno pada 1998, berkata beliau boleh membantu mendedahkan skandal tersebut, tetapi suruhanjaya diraja itu memutuskan hari ini untuk memanggil beliau memberi keterangan.
'Ini berita baru'
Sementara itu, Bernama melaporkan, peguam M Puravelan yang mewakili Anwar memberitahu suruhanjaya tersebut ketua umum PKR itu memiliki klip video ketiga mengenai cubaan mengatur pelantikan hakim-hakim.Katanya, klip video berkenaan ada pada Anwar ketika hujung minggu.Ekoran itu pengerusi suruhanjaya Tan Sri Haidar Mohamed Noor menyebut: "Ini berita baru".Terdahulu, Haidar mempersoalkan kenapa Anwar tidak mengemukakan video itu terlebih dahulu.
Menurutnya, Anwar tidak sepatutnya membuat pendedahan mengenai video itu secara berperingkat memandangkan suruhanjaya berkenaan mempunyai had masa untuk menyiapkan tugasnya.Puravelan menjawab video itu hanya berada pada Anwar ketika hujung minggu.Haidar kemudian berkata suruhanjaya itu akan melihat video terbabit sama ada ia relevan atau sebaliknya.Seorang lagi pesuruhjaya, Datuk Mahadev Shankar, kemudian berkata: "Klip video sebelum ini ditayangkan ke seluruh dunia tetapi sekarang beliau ingin berkongsi pula dengan kita (suruhanjaya) dan bukan dengan orang lain."Anwar mendedahkan klip video selama 8 minit dan 14 minit kononnya menunjukkan hakim Datuk V.K.Lingam sedang mengatur pelantikan hakim menerusi perbualan telefon dengan seorang hakim kanan.Inkuiri itu antara lain bertujuan mengenal pasti kesahihan klip berkenaan.
Transkrip video Lamanweb itu turut menyiarkan transkrip segmen terbaru itu.
Lingam: The constitution judges said the constitution said, in the opinion of the prime minister he recommend. Who the prime minister recommend?So you are Dzaiddin, you are chief justice, you recommend 10 names, I consent, I said I want these 15 names, can’t do anything. He recommend to rulers, rulers only consulted, not approve, only consult. You know?[Voice off-camera]: Because if it goes up to the Court of Appeal…Lingam: Now Dzaiddin wants to come through the PM because he wants his Tun-ship. So…he doing everything to please the PM lah, but he recommended five judges, three…three approved, which is Tun Eusoff Chin’s men, two not Eusoff Chin’s men which we objected. I prepared the report and rejected… but he wants to appeal again lah.[Voice off-camera]: Can he appeal?Lingam: He can appeal lah, but will be rejected lah.[Voice off-camera]: I never know appointment can be rejected you know?Lingam: No, recommendation can be rejected. The PM shall recommend so and so, after consulting so and so. So, PM suppose to consult Loh Mui Fah before he recommends. So Loh Mui Fah recommend 10 names, he in fact can say I disagree with your 10 names, I recommend Gurm…Lingam and so and so. Nothing you can do. You are only…you are supposed to be consulted, not to be approved. You see the point or not? The constitution said consult. I suppose to consult my father before I marry, I consulted him, he disagreed but still I married![Voice off-camera]: Because that is not final, ah.Lingam: Right, consult is to discuss. That’s all. But if I must get my father’s approval before married, then different. Approval different from consult.[Voice off-camera]: So, who is the lord president now?Lingam: Now chief justice Dzaiddin.[Voice off-camera]: Dzaiddin…Lingam: But between you and me. We have taken Dzaiddin for dinner three times.[Voice off-camera]: Three times already.Lingam: And we have given him the most expensive gift. Don’t ask about it lah. I have given him and Vincent Tan has given him. So, he also cannot attack us. Tomorrow we go say we give you this, this, this. He cannot go and say you are a agent. Correct or not? So, he is neither here nor there lah. That’s all.[Voice off-camera]: But… Chief Justice..Lingam: But in the court when I argue with him. He said, Datuk Lingam you said you will take one hour. I said, my Lord, it is only 50 minutes, I got another 10 minutes. But…I appreciate. Thank you, thank you… He is very nice with me, very polite with me. I have been sending cakes every Hari Raya. Vincent has been sending. He can’t go and say he is very clean, correct or not?[Voice off-camera]: But then he is…Lingam: But he is playing his game lah. He got the job, that’s it. Now, September he is finished that’s all. Make sure he is not extended.[Voice off-camera]: But, he may ask for extension.Lingam: He is hoping… he told somebody that he likes the job very much. Then he likes…Let him dream lah.[Voice off-camera]: Above him is the Lord President?Lingam: He is the number one man, Dzaiddin.[Voice off-camera]: Whose the Lord President?Lingam: He is called… those days called lord president, now called chief justice, federal court.[Voice off-camera]: Oh… it is the same title.Lingam: Number two President Court of Appeal, that Wan Adnan, my personal friend. He was sick. Nobody knows he is close to me. Right, in fact, he never knew his name is going up until I told him. Then number three, Ahmad Fairuz, Chief Judge Malaya. Ahmad Fairuz is going to be acting, now acting…number two. Right?So, next minute, even Raja Aziz said he is going to be the next top job. He is…definitely number one lah.So, he told me I leave it all to you and you must help me and all…I said I’ll arrange for you to meet Tengku Adnan, Vincent and meet with PM lah…But this bugger is sometimes a bit scared. Ah…I must play shadow from the behind. Nobody should know I know you. Then you can help more. But people, see you know more, like Eusoff Chin, because I met him in New Zealand, became a problem. But if I didn’t meet him in New Zealand, it’s a… no problem.Correct or not? Unfortunate.[Voice off-camera]: Then, in your…then they said you have taken photograph with him holidaying in…huh…huh…Lingam: But unfortunately, I didn’t know. The worst thing I didn’t know Eusoff Chin put his hand like that! Alamak…so…I also didn’t know about it. What to do?[Voice off-camera]: Then… then…Lingam: Do you know, today one o’clock, Eusoff Chin having lunch in his house today. Hari Raya today. He called me and my wife to come. I told him we don’t go today, we make it another day. I don’t come but my wife and children will come. You know or not?I told my wife to call…[unclear]…[telefon berdering]…Lingam: Hello…Joe Ah…!(Nota: Kerana sesetengah bahagian rakaman tidak jelas didengar, maka transkrip ini bukan 100 peratus tepat).

Perbualan dalam klip video adalah fitnah, kata Ahmad Fairuz

Perbualan dalam klip video adalah fitnah, kata Ahmad Fairuz
Jan 28, 08 7:46pm
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim menyifatkan bahawa perbualan dalam klip video yang mengaitkan namanya berhubung pengaturan pelantikan hakim adalah satu fitnah.Ahmad Fairuz semasa memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai kesahihan klip video itu berkata beliau tidak tahu mengapa lelaki yang dikatakan sebagai peguam Datuk V.K Lingam dalam klip video terbabit mengaitkan namanya dalam perbualan itu dan memfitnahnya."Saya tidak tahu mengapa dia (Lingam) berbuat begitu, mungkin dia hanya hendak menunjuk-nunjuk (kepada) orang di situ bahawa dia mengenali Perdana Menteri, orang-orang besar dan dia kenal Hakim Besar Malaya", katanya ketika menjawab soalan peguam Salehuddin Saidin yang mewakili beliau.Kepada soalan lain Salehuddin, Ahmad Fairuz berkata ketika memegang jawatan sebagai Hakim Besar Malaya, Presiden Mahkamah Rayuan dan Ketua Hakim Negara, beliau tidak tahu bahawa ada sesiapa atau mana-mana pihak yang cuba membantu melobi beliau untuk mendapatkan jawatan berkenaan, demikian menurut laporan Bernama.Katanya beliau mula mendapat tahu berhubung klip video itu melalui bekas setiausahanya pada tarikh yang sama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman untuk mendedahkan klip video terbabit iaitu pada 19 September tahun lalu.Ahmad Fairuz berkata, pada sebelah petang hari berkenaan, bekas setiausahanya memberikan dua artikel diperoleh daripada laman web Malaysiakini bertajuk "Video Link CJ To Judge Fixing Scandal" dan "Transcript Of Lingam Connversation With Ahmad Fairuz"
Baca transkrip
Kepada soalan Salehuddin apakah tindakan diambilnya selepas membaca artikel dan transkrip berkenaan, Ahmad Fairuz berkata beliau membaca berkali-kali kedua-dua dokumen itu dan pada keesokan harinya, beliau menulis surat yang dialamatkan kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz) bagi menjelaskan pendapat dan kedudukannya mengenai klip video itu."Saya memilih untuk menghantar surat kepada ketiga-tiga pihak berkenaan kerana mereka adalah wakil Badan Eksekutif di mana saya sebagai ketua Badan Kehakiman perlu memberitahu kepada badan eksekutif mengenai tohmahan terhadap saya dan apakah pendirian saya."Ahmad Fairuz kemudian ditunjukkan surat yang dihantar beliau itu (ketiga-tiganya mempunyai isi kandungan sama dan disertai artikel serta transkrip Malaysiakini), antara lainnya menyatakan "Berikut adalah penjelasan saya, saya tidak pernah berbual dengan "V.K Lingam".Menjawab pertanyaan Salehuddin mengapa beliau menulis nama Lingam yang disertai dengan pembuka kata, Ahmad Fairuz berkata ia adalah kerana pada waktu itu beliau tidak pasti siapa yang sedang berbual melalui telefon dalam klip video itu dan beliau tidak dapat melihat dengan jelas paparan dalam video berkenaan."Dalam penjelasan saya, juga saya katakan bahawa saya tidak pernah berbual sedemikian. Apa-apa yang terkandung dalam transkrip perbualan itu adalah tohmahan bahawa Lingam berbual dengan saya berhubung topik tersebut dan saya katakan bahawa ia semua adalah tidak benar."Rakaman perbualan dalam klip video itu hanyalah satu monolog kerana suara saya tidak terdengar dalam perbualan tersebut tetapi hanya terdengar suara Lingam", katanya.Ahmad Fairuz berkata dalam penjelasannya melalui surat tersebut, beliau berkata tiada tanda yang boleh mengaitkannya dalam klip video itu kerana namanya tidak disebut sebagai pihak satu lagi yang bercakap melalui telefon dengan Lingam.Kepada soalan Salehuddin sama ada beliau pernah terfikir untuk membuat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang melalui saman fitnah, Ahmad Fairuz berkata: "Saya tidak pernah berfikir untuk berbuat demikian kerana dalam artikel Malaysiakini sudah disebut bahawa ada pihak (Parti Keadilan Rakyat) akan membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan juga membuat aduan kepada Majlis Peguam."Dalam surat khabar yang diterbitkan selepas itu juga tidak ada merujuk nama saya tetapi hanya merujuk kepada nama Lingam yang dilaporkan berbual dengan seorang hakim kanan, oleh itu jika saya membuat laporan polis ia akan disalah tafsir bahawa hakim kanan tersebut adalah saya."Saya tidak mengambil apa-apa tindakan saman fitnah kerana saya tidak pasti siapa yang memfitnah saya dan siasatan juga akan dijalankan oleh BPR, maka tidak elok bagi saya untuk mengambil tindakan tersebut," katanya.
'Tidak hubungi Lingam'
Ahmad Fairuz berkata beliau hanya akan mengambil tindakan undang-undang selepas pasti dan mengetahui siapa yang menfitnahnya.Kepada soalan lain Salehuddin, katanya beliau dimaklumkan oleh bekas setiausahanya bahawa ada pihak akhbar cuba mendapatkan komennya dan beliau tidak membuat sebarang komen kerana siasatan akan dijalankan.Kepada soalan sama ada beliau ada menghubungi Lingam bagi menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung klip video dan transkrip itu, Ahmad Fairuz berkata: "Tidak. Nanti berbangkit fitnah yang lain pula. Saya tidak mahu ditohmah bahawa saya memujuk dia (Lingam) untuk menarik balik tohmahan dalam klip video itu. Saya sebagai Ketua Hakim Negara tidak ada sebab untuk menghubungi dia".Sementara itu, Ahmad Fairuz turut menafikan beberapa bahagian dalam transkrip perbualan klip video itu yang mengaitkan namanya termasuk bahawa beliau adalah pengikut bekas ketua hakim negara Tun Eusoff Chin.Ahmad Fairuz juga menafikan perbualan dalam klip video yang memaparkan lelaki yang dikatakan sebagai Lingam memberitahu ahli perniagaan Loh Mui Fah, bahawa beliau (Lingam) sedang bercakap dengan Ahmad Fairuz yang ketika itu Hakim Besar Malaya.Ahmad Fairuz juga suruhanjaya diraja bahawa hubungannya dengan peguam Lingam adalah sekadar hubungan hakim dan peguam.Katanya, beliau mengenali Lingam selepas peguam itu hadir di mahkamah kerana mengendalikan kes di hadapannya.Bekas Ketua Hakim Negara itu berkata beliau juga mengenali tokoh korporat Tan Sri Vincent Tan dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (sejak beliau dilantik Timbalan Menteri di JabatanPerdana Menteri).Bagaimanapun, kata beliau, hubungannya dengan mereka berdua setakat bertemu di majlis-majlis rasmi sahaja.Menjawab soalan pegawai pengendali inkuiri Datuk Azmi Ariffin, Ahmad Fairuz berkata beliau tidak dapat mengenal pasti secara positif sama ada lelaki yang dikatakan Lingam dalam klip video berkenaan kerana beliau hanya berjumpa dengan Lingam sekadar beberapa kali sahaja di mahkamah dan bertemu sekali di di rumah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Bagaimanapun, Ahmad Fairuz berkata lelaki yang terdapat dalam klip video itu mempunyai mirip yang sama dengan Lingam.

Lingam buat kejutan di siasatan suruhanjaya diraja

Lingam buat kejutan di siasatan suruhanjaya diraja
Jan 28, 08 7:18pm
Peguam Datuk VK Lingam mengejutkan prosiding suruhanjaya siasatan diraja hari ini apabila mendaka, peguam kanan Robert Lazar pernah meminta pertolongannya supaya dilantik menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada awal 2000.Dakwaannya itu turut mengejutkan barisan peguam yang mewakili Majlis Peguam Malaysia dalam siasatan terhadap klip video Lingam.Lazar, bagaimanapun tidak hadir hari ini. Bagaimanapun, beliau terus mengeluarkan penafian melalui rakan peguamnya.Lingam membuat dakwaan tersebut ketika disoal oleh peguam Ranjit Singh yang mewakili Majlis Peguam berhubung keterangan awalnya bahawa seorang peguam pernah meminta pertolongannya supaya dilantik sebagai hakim.Lingam mendakwa, Lazar telah menemui beliau pada awal tahun 2000 bagi mendapatkan pertolongan untuk berjumpa dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memandangkan beliau ingin dilantik menjadi Hakim Mahkamah Rayuan.Sementara itu, Bernama melaporkan, Lingam berkata pada masa itu Lazar merupakan seorang peguam dan beliau mahu dilantik terus sebagai Hakim Mahkamah Rayuan tanpa dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman atau Hakim Mahkamah Tinggi terlebih dahulu seperti yang sepatutnya."Memandangkan saya mewakili Mirzan Mahathir dalam satu kes sivil, manakala Lazar mewakili pihak yang satu lagi, Lazar menemui saya supaya tidak berjumpa (Tun) Eusoff Chin untuk mendapatkan pertolongan agar beliau (Lazar) dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan, sebaliknya bercakap dengan Dr Mahathir.
Anak Dr Mahathir"Saya beritahu Lazar saya tidak mengenali Dr Mahathir, selepas itu beliau (Lazar) meminta saya bercakap dengan anak lelaki Dr Mahathir (Mirzan). Bagaimanapun saya katakan kepada Lazar, Mirzan anak guam saya," katanya.Lingam memberitahu suruhanjaya itu bahawa Lazar menemui beliau beberapa kali tetapi beliau tidak dapat membantu Lazar berhubung perkara itu.Ditanya Ranjit Singh, kenapa Lazar mempunyai tanggapan bahawa beliau (Lingam) boleh menolongnya dalam pelantikan itu dan dapat terus berjumpa Dr Mahathir, Lingam menjawab: "Saya rasa mungkin beliau (Lazar) terdesak untuk menjadi hakim seperti Hakim Gopal Sri Ram."Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Gopal Sri Ram, yang ketika itu seorang peguam, dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan tanpa dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman atau Hakim Mahkamah Tinggi.Terdahulu, ketika menjawab soalan Ranjit, Lingam menafikan yang beliau mempunyai hubungan akrab dengan Lazar tetapi berkata Lazar amat dikenalinya.Perkara berkaitan Lazar itu ditimbulkan selepas peguam Mohd Fauzi Mat Zain, yang mewakili bekas Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin, bertanyakan Lingam jika ada sesiapa yang datang menemui beliau (Lingam) untuk mendapatkan pertolongan berhubung pelantikan hakim.Di peringkat ini, nama Lazar belum didedahkan lagi. Nama "Robert Lazar" hanya disebut apabila Ranjit bertanyakan Lingam mengenai perkara itu.
Percutian ke New ZealandLingam berkata seseorang (Lazar) ada datang untuk mendapatkan pertolongannya bagi membolehkan beliau (Lazar) dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan."Bagaimanapun orang itu mahu saya berjumpa Dr Mahathir bukannya Eusoff," kata Lingam.Di peringkat ini, pesuruhjaya Tan Sri Haidar Mohamed Noor mencelah dengan bertanya "Adakah ini ketika rejim Eusoff?"Lingam menjawab: "Ya".Kepada satu lagi soalan oleh Mohd Fauzi, mengenai percutian beliau ke New Zealand bersama Eusoff pada 1994, Lingam menafikan beliau melunaskan kesemua perbelanjaan."Saya tidak membayar untuk percutian itu. Tidak walaupun satu sen pun," katanya.Lingam turut menafikan beliau pernah memperkenalkan Eusoff kepada rakan peguam dan perniagaannya agar melantik Eusoff sebagai konsultan mana-mana syarikat selepas persaraannya (Eusoff).Haidar kemudian berkata soalan itu tidak pernah ditanya atau dibangkitkan oleh peguam dalam inkuiri berkenaan.Kepada soalan lain, berkaitan gambar keluarga yang diambil di New Zealand, Mohd Fauzi bertanya Lingam sama ada beliau (Lingam) pada bila-bila masa berjumpa isteri Eusoff dan anak-anaknya mengenai pelantikan hakim.
Soal LazarLingam berkata beliau tidak pernah berbuat begitu, Selepas Lingam menjawab, Haidar memberitahu Mohd Fauzi supaya lebih realistik dalam soalannya."Saya bukan menghalang anda tetapi bersikap realistik lah. Umur anak Eusoff masa itu dalam lapan atau 10 tahun. Kalau umur mereka 20 tahun, itu saya faham lah," kata Haidar.Menjawab soalan peguam M.Puravelan, yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim, sama ada Lingam mempunyai masalah dengan daya ingatannya memandangkan Lingam menjawab "tidak ingat" sebanyak 26 kali dalam jawapannya pada inkuiri itu, Lingam berkata beliau tidak pernah menghadapi masalah seperti itu.Disoal selanjutnya oleh Puravelan, Lingam berkata beliau merupakan seorang pengamal undang-undang yang aktif.Mengenai soalan berkaitan Dr Mahathir, Lingam berkata beliau hanya mengenali Dr Mahathir selepas bekas Perdana Menteri itu menggunakan khidmat beliau sebagai peguam dalam saman yang difailkan oleh Anwar terhadap Dr Mahathir."Saya hanya bertemu beliau selepas beliau menggunakan khidmat saya sebagai peguam. Selain dari itu, saya tidak pernah menemui beliau secara peribadi, namun saya sering bertemu beliau di majlis umum. Saya juga tidak pernah pergi ke rumah beliau (Dr Mahathir)," kata Lingam.Pada sesi tengah hari, seorang lagi wakil dari Badan Peguam Malaysia, Yeo Yang Poh meminta suruhanjaya itu memanggil Lazar untuk memberikan keterangan berhubung kenyataan Lingam mengenai "pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan" beliau."Kita tidak tahu sama ada keterangan Lingam itu benar atau sebaliknya. Bolehkah saya mengemukakan permohonan supaya Lazar dipanggil memberikan keterangan esok," kata Yeo.Haidar bertanya Yeo sama ada Lazar hadir pada inkuiri hari ini dan peguam itu menjawab Lazar tidak hadir memandangkan beliau mempunyai kes di Mahkamah Tinggi dan tengah hari pula di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk kes yang lain."Beliau hanya ada esok," kata Yeo.Haidar membenarkan Lazar memberikan keterangan berhubung kenyataan Lingam bahawa beliau (Lazar) meminta Lingam bertemu Dr Mahathir untuk melantik beliau (Lazar) terus sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.

PM: Jangan banding M'sia dengan S'pura

PM: Jangan banding M'sia dengan S'pura
Muda Mohd Noor Jan 28, 08 4:32pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta rakyat berhenti membandingkan Malaysia dengan Singapura kerana menurutnya itu tidak adil.Beliau berkata, Singapura sangat baik dan antara yang terbaik di dunia dan ianya telah diketahui oleh semua orang. "Singapura ialah Singapura. Mereka terbaik dalam bidang ekonomi terutama dalam persaingan-persaingan tertentu. "Jangan bandingkan antara anggur dengan epal," katanya ketika berucap di depan kira-kira 8,000 kakitangan awam di majlis perdana perkhidmatan awam 2008 di Putrajaya hari ini.Abdullah berkata, beliau mengakui Singapura sangat baik "tetapi kita perlu melihatnya dari pelbagai sudut.Katanya, beliau bukan mencari alasan untuk mengatakan Singapura baik tetapi ia adalah realiti."Negara kita berbilang kaum, berbilang agama tetapi negara kita sedang meningkat," katanya lagi.Kadar kemiskinanSehubungan itu, Perdana Menteri meminta rakyat mempunyai sifat-sifat mencipta, bekerja keras, dedikasi, cemerlang dan kreatif untuk mencipta kejayaan. Dalam ucapannya, Abdullah juga mengakui masih ramai rakyat yang miskin walaupun kadar kemiskinan negara telah menurun dari 60 peratus pada 1970 kepada 6.5 tahun lalu. Katanya, kisah orang miskin kalau hendak ditulis dalam akhbar tidak akan habis kerana ia ada di seluruh negara. "Saya tidak kata tidak ada orang miskin, memang ada tetapi kita telah berjaya kurangkan dan kerajaan berazam tiada lagi kemiskinan tegar pada 2010," katanya.Perdana Menteri berkata, sektor perkhidmatan awam yang sekian lama menjadi sasaran kecaman di kalangan orang ramai telah mula menunjukkan peningkatan.Sementara itu, Abdullah berkata, kerajaan sedang membuat kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke sembilan (RMK9) untuk melihat sama ada ia telah memenuhi sasaran dan memberi impak kepada rakyat.Katanya, kajian tersebut dilakukan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan dijangka dikeluarkan pada Mac depan.

Monday, January 28, 2008

MEDIA KERAJAAN KEPUNYAAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA, BUKAN BARISAN NASIONAL

Kenyataan Media
28 Januari 2008
Media Kerajaan Kepunyaa Semua Rakyat Malaysia, bukannya Barisan Nasional
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) ingin menegaskan bahawa semua bentuk media kerajaan, termasuk RTM, kepunyaan semua rakyat Malaysia dan bukannya harta peribadi Barisan Nasional.
BERSIH ingin mengingatkan Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi bahawa 36% daripada undi yang mengundi Pembangkang pada 2004 juga merupakan pembayar-pembayar cukai daripada kos operasi RTM. Oleh yang demikian, 36% daripada kos operasi RTM dibiayai oleh pengundi-pengundi Pembangkang. Ini juga bermakna 36% daripada gaji Ahmad Zahid dibayar oleh 36% rakyat yang tidak bersetuju dengan kenyataan beliau.
Timbalan Menteri ini telah mencela rakyat Malaysia dengan memberi kenyataan secara sombong bahawa pihak Kementerian akan mengkaji “sama ada ingin membenarkan pemimpin-pemimpin pembangkang untuk berkempen melalui RTM di pilihanraya umum akan datang akan memberikan manfaat kepada rakyat”.
Kenyataan tersebut dilaporkan oleh Bernama pada 24 Januari 2008. Pemanfaatan daripada mesej yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak ini hanya ditentukan oleh semua rakyat Malaysia, bukannya Kementerian.
Seperti perumpamaan Melayu, “berani kerana benar, takut kerana salah”, sekiranya Barisan Nasional yakin kempen mereka lebih memberi manfaat kepada rakyat, mengapa mereka perlu takut kepada bekongsikan lapangan yang sama kepada pemimpin-pemimpin Pembangkang? Mengapa mereka perlu menafikan hak pengundi-pengundi peluang untuk memaklumkan sesuatu keputusan?
Perdana Menteri Abdullah Badawi megah dengan pemimpin-pemimpin dunia terhadap kejayaan-kejayaan Malaysia sewaktu Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland tidak berapa lama dahulu. Mengapa beliau tidak berani untuk bersemuka dengan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Hadi Awang di Negara sendiri di dalam debat secara langsung yang disiarkan semasa pilihanraya-pilihanraya?
BERSIH mendesak Timbalan Menteri Penerangan untuk memperbetulkan fakta-faktanya, Pemimpin-pemimpin Pembangkang daripada tiga parti pembangkang seperti Mustafa Kamil, Saifudin Nasution, Shamsul Iskandar, Dr Dzulkifli Ahmad, Husam Musa, Dr Lo'Lo’ Ghazali, Lim Guan Eng, Loke Siew Fook, Dr. Tan Seng Giaw, Teng Chang Khim kesemuanya pernah muncul melalui program Debat Perdana. Walaubagaimana pun, panel-panel Pembangkang diberikan layanan yang tidak adil semasa rancangan itu apabila mereka sering dipotong atau diberikan masa yang singkat dalam pembentangan mereka atau semasa menjawab soalan-soalan yang diutarakan.
Apa yang BERSIH minta ialah supaya RTM mengacarakan rancangan berbentuk Debat Perdana yang memaparkan calon-calon yang bertanding semasa tempoh kempen pilihanraya, seperti rancangan Leader Debate di Australia atau pun debat-debat cara Amerika yang disiarkan semasa pertandingan calon-calon presiden.
BERSIH ingin menegaskan bahawa lapangan pertandingan yang adil – bermula dengan menghormati sempadan di antara parti dan kerajaan. Ia adalah syarat asas ke arah pilihanraya-pilihanraya bersih, bebas dan adil.
Komen yang diberikan oleh Ahmad Zahid Hamidi yang berbbentuk partisan membuktikan bahawa Negara ini memerlukan AKta Kesaksamaan Pentadbiran, di mana BERSIH beberapa kali utarakan selain daripada tuntutan-tuntutan jangka-pendek iaitu pemansuhan pengundian pos domestic, pembersihan senarai pemilih, penggunaan dakwat kekal dan akses adil kepada media.

Dikeluarkan oleh ahli-ahli Jawatankuasa Induk:

Wong Chin Huat - Pengerusi, Writers Alliance for Media Independence (WAMI)

V. Gayathry – Pengarah Eksekutif, Centre for Independent Journalism (CIJ)

Catatan saksi mata Unit Amal demo Protes

Catatan saksi mata Unit Amal demo Protes
Posted on Monday, January 28 @ 12:10:39 EST by reformis
catatan oleh Mohd Shahraini Abu Sahid (Setiausaha Unit Amal DPPWP)

Sabtu 26 Januari - Pada jam 1.50 petang tadi, saya memulakan perjalanan dari rumah saya di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor dengan menaiki motorsikal untuk bertugas bersama sahabat-sahabat anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan di KLCC dalam himpunan aman anjuran PROTES petang tadi. Seperti himpunan yang biasa dilakukan, Unit Amal diminta untuk mengawal keselamatan pimpinan dan peserta untuk memastikan tidak ada berlakunya sebarang gangguan samada provokasi dari peserta atau pihak polis.
Ketika dalam perjalanan, saya cuba menghubungi beberapa sahabat saya menggunakan telefon bimbit yang berfungsi sebagai ‘walkie talikie’ malangnya talian saya bermasalah. Saya meneruskan perjalanan dan tiba di KLCC pada jam 3.04 petang. Setelah meletakkan motorsikal diseberang jalan berhadapan dengan kompleks Suria KLCC, saya cuba mencari sahabat-sahabat anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan tetapi tiada seorang pun yang kelihatan. Ketika itu, saya dapati telefon bimbit saya sudah berfungsi semula lalu saya cuba menghubungi sahabat saya.
Panggilan saya telah dibalas seorang sahabat dan saya menerima makluman rupa-rupanya kesemua sahabat anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan telah dikejar dan diserbu lebih kurang 30 orang anggota polis pada sekitar jam 2.40 petang ketika mereka semua berkumpul di Stesen LRT Ampang.

Hj Zamhuri Pakmat
Daripada makluman sahabat saya 6 orang anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan yang mana 2 orang daripadanya anggota veteran Unit Amal Wilayah Persekutuan iaitu Hj Zamhuri Mohd Tahir dan pakcik Mohamad Nawi telah ditangkap dan dimasukkan kedalam trak polis. Menurut sahabat saya lagi, anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan yang lain termasuk Pengarah Unit Amal Wilayah Persekutuan, Sdr Saripuddin masing-masing berjaya melepaskan diri dari ditahan pihak polis dengan ada yang memasuki bangunan Kompleks Ampang Park serta beberapa bangunan yang lain.
Saya menghubungi pengarah saya dan pengarah saya memaklumkan bahawa beliau berada di tempat letak kereta di Kompleks Ampang Park selepas dikejar oleh polis. Menurut beliau beberapa orang anggota polis berpakaian preman (Special Branch) masih mengekori beliau tetapi mereka tidak menahan beliau sebaliknya memaklumkan kepada anggota polis yang beruniform supaya mengambil tindakan. Walaubagaimanapun beliau bejaya mengelak dari dikesan. Selepas itu saya diarahkan saya berhati-hati dan kalau boleh tukar uniform Unit Amal saya kepada baju biasa kerana menurut pengarah saya semua anggota polis diarahkan supaya mengesan dan menangkap anggota Unit Amal yang memakai uniform. Ketika itu saya memakai uniform kemeja rasmi Unit Amal bukannya tshirt. Walaubagaimanapun saya berjalan dengan berhati-hati dengan kamera saya lalu menuju ke perkarangan kompleks Suria KLCC.
Setibanya berada di hadapan pintu masuk Suria KLCC, saya berjumpa Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Sdr Kamaruzaman Mohamad, Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Wan Hasrina dan beberapa exco Dewan Pemuda PAS Pusat. Lalu saya bertanya kepada Sdr Kamaruzaman dimana pimpinan PAS Pusat yang lain dan beliau tidak mengetahui kemana pimpinan PAS dan Keadilan berada cuma saya dimaklumkan bahawa Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah dan suami serta Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat, Sdri Aiman Athirah dan 2 orang Srikandi telah ditahan dan dimasukkan kedalam trak polis.
Kemudian saya terus berjalan ke sebuah trak polis yang diletakkan dihadapan Suria KLCC. Saya dapati beberapa wartawan sedang mengerumuni trak tersebut sambil mengambil gambar. Saya menyusup diantara wartawan tersebut dan saya dapati beberapa peserta himpunan ditahan tetapi kelibat pimpinan PAS dan Keadilan tiada didalam trak tersebut.
Selepas itu saya berjalan lagi ke jalanraya dihadapan Suria KLCC menuju Wisma MCA dan saya dapati berlaku kekecohan ditengah jalanraya tersebut dan saya dapati Dr Osman Nasir dari Parti Sosialis Malaysia dan seorang wanita india ditahan dengan kasar oleh anggota polis. Kemudian saya dapati Cikgu Badrul dari Keadilan juga ditahan selain diheret dengan cara yang kasar dan ganas. Saya memandang keseberang jalan dan saya dapati Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, AJK PAS Pusat Dr Zulkifli Ahmad dan Ahli Majlis Tertinggi Keadilan, Dr Badrol Amin serta seorang sahabat saya sedang mengerumuni seorang wanita india yang pengsan akibat keganasan pihak polis.
Saya kemudiannya menghampiri mereka lalu saya maklumkan kepada pengarah saya bahawa saya sedang berada bersama mereka. Pengarah saya kemudian memberi arahan kepada saya agar memaklumkan kepada Dr Hatta, Dr Zul serta Dr Badrol Amin supaya beredar dari situ. Kemudian ketiga-tiga pimpinan tersebut mula berjalan meninggalkan kawasan tersebut dan Dr Hatta memaklumkan beberapa wartawan untuk membuat sidang media di sebuah restoran mamak di Jalan Yap Kwan Seng berhadapan bangunan AmBank.
Saya kemudian bergegas mengambil motor lalu mengekori mereka ke restoran tersebut sambil sahabat saya mengiringi Dr Hatta dan Dr Zul. Dalam perjalanan ke restoren mamak tersebut, sepasukan polis mengekori Dr Hatta dan Dr Zul untuk menahan mereka. Dibantu seorang peguam cina Johnson Chong, kedua-dua pimpinan tersebut telah beredar dari situ walaupun pada awalnya Dr Hatta telah dipegang oleh anggota polis yang bersiap sedia menahannya. Dr Zul juga telah beredar dari situ dan mencari kenderaannya untuk ke restoran mamak tersebut. Saya dan sahabat saya serta peguam Johnson Chong kemudian mengiringi Dr Hatta.
Setibanya direstoran mamak tersebut, kami dapati Ketua Penerangan Keadilan, Tian Chua telah pun berada disitu dengan beberapa orang wartawan. Kami juga mendapati bebrapa orang SB juga berada disitu sambil minum air. Saya memaklumkan pengarah saya yang kami sudah berada di restoran mamak tersebut dan bebrapa minit kemudian pengarah saya bersama 4 orang sahabat saya pun tiba disitu. Kemudian Dr Hatta dan Tian Chua memulakan sidang media.
Tidak lama kemudian, sepasukan anggota polis bersama trak polis telah datang kerestoran tersebut untuk menahan Dr Hatta dan Tian Chua. Menurut pengarah saya Sb yang berada disitu telah memaklumkan kepada ketua mereka bahawa terdapat seramai sekitar 150 orang sedang berhimpun di restoran tersebut walhal bilangan yang ada di restoran itu tidak sampai 20 orang. Dr Hatta dan Tian Chua cuba ditarik oleh anggota polis tetapi dihalang peguam Johnson Chong. Salah seorang pegawai tinggi polis telah menunjukkan waran yang dikeluarkan oleh mahkamah untuk menahan mereka. Walaubagaimanapun Johnson Chong cuba menghalang pihak polis menahan mereka sambil menyoal pegawai polis tersebut berdasarkan undang-undang apa yang digunakan.
Akhirnya setelah berlaku pergelutan antara pihak polis dengan Johnson Chong, Dr Hatta dan Tian Chua telah ditahan dengan kasar selain Johnson Chong juga ditahan atas alasan mengganggu tugas pihak polis. Kami yang berada disitu terpaksa melihat penahanan tersebut setelah menyedari pihak polis membawa waran dari mahkamah.
Selepas kesemuanya dimasukkan kedalam trak dan beredar, kami pun terus ke pejabat agong untuk solat Asar dan berbincang berkenaan insiden yang berlaku hari ini. Sekitar jam 6.20 petang, kami bergegas menuju ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPKKL) untuk mengetahui perkembangan mereka yang ditahan. Setibanya disana kami dapati lebih kurang 50 orang penyokong dan pimpinan PAS dan Keadilan telah berkumpul untuk mengetahui keadaan mereka yang ditahan selain bersedia untuk menjamin. Kami juga telah dimaklumkan bahawa Naib Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu, Dr Zulkifli Ahmad dan Dr Badrol Amin juga telah ditangkap ketika sedang menunggu kenderaan masing-masing tiba. Kami dan kesemua penyokong PAS dan Keadilan tidak dibenarkan masuk ke dalam perkarangan IPKKL kerana pintu pagar telah dijaga serta ditutup oleh 3 anggota polis yang berkawal .
Sehingga jam 12.54 pagi tadi, pihak polis hanya membebaskan Ketua Muslimat PAS Pusat Ustazah Nuridah Salleh, Cikgu Badrul dari Keadilan, seorang remaja lelaki serta beberapa penyokong india daripada 58 orang yang ditahan. Kesemua baki tahanan tidak dibebaskan oleh pihak polis dan mereka akan dibawa bermalam di lokap Pudu. Bagi mengelakkan kami dan penyokong-penyokong yang lain mengganggu perjalanan menghantar tahanan ke lokap Pudu, pihak polis telah menghantar 3 buah trak FRU untuk mengawal dan mengarahkan kesemua yang hadir bersurai.

VK Lingam Video - Part III

VK Lingam Video - Part III
By admin 9 Comments
Categories: Video
Pada hari ini saya menerbitkan segmen ketiga rakaman video lawyer VK Lingam yang diberikan kepada saya pada Jumaat lepas, 25 Januari. Klip ini memberikan bukti tambahan bahawa konspirasi yang kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Diraja melangkaui usaha melantik Ahmad Fairuz ke Mahkamah Persekutuan. Segmen 5 minit ini secara langsung mengaitkan bekas Ketua Hakim Negara Dzaiddin Abdullah yang didakwa menerima rasuah dari VK Lingam dan Vincent Tan agar beliau tidak mengkritik kedua-dua individu tersebut secara terbuka. Dzaiddin Abdullah merupakan Ketua Hakim Negara antara Disember 2000 hingga 2003. Di dalam video tersebut disebut VK Lingam menyatakan: “Dan kita telah memberikan beliau hadiah paling mahal. Jangan tanyalah apa bendanya. Saya telah beri kepadanya dan Vincent Tan telah berikan kepadanya.”
Meskipun pada awalnya penubuhan Suruhanjaya Diraja telah memberikan rakyat Malaysia harapan agar kewibawaan dan integriti Kehakiman dapat dipulihkan, kami belum yakin dengan prosiding dan keputusan prosedur yang dibuat para Pesuruhjaya setakat ini. Suruhanjaya Diraja mestilah dapat menjunjung ketelusan dan integriti agar tidak kelihatan merosakkan lagi imej sistem kehakiman negara. Saya dengan ini menyerahkan bukti terbaru ini kepada orang ramai dan menyatakan kesediaan bekerjasama sepenuhnya dengan prosiding Suruhanjaya selama ini.
ANWAR IBRAHIM
Transcript
Lingam: The constitution judges said the constitution said, in the opinion of the prime minister he recommend. Who the prime minister recommend? So you are Dzaiddin, you are chief justice, you recommend 10 names, I consent, I said I want these 15 names, can’t do anything. He recommend to rulers, rulers only consulted, not approve, only consult. You Know?
[Voice off-camera]: Because if it goes up to the Court of Appeal…
Lingam: Now Dzaiddin wants to come through the PM because he wants his Tun-ship. So…he doing everything to please the PM lah, but he recommended five judges, three…three approved, which is Tun Eusoff Chin’s men, two not Eusoff Chin’s men which we objected. I prepared the report and rejected… but he wants to appeal again lah.
[Voice off-camera]: Can he appeal?
Lingam: He can appeal lah, but will be rejected lah.
[Voice off-camera]: I never know appointment can be rejected you know?
Lingam: No, recommendation can be rejected. The PM shall recommend so and so, after consulting so and so. So, PM suppose to consult Loh Mui Fah before he recommends. So Loh Mui Fah recommend 10 names, he in fact can say I disagree with your 10 names, I recommend Gurm…Lingam and so and so. Nothing you can do. You are only…you are supposed to be consulted, not to be approved. You see the point or not? The constitution said consult. I suppose to consult my father before I marry, I consulted him, he disagreed but still I married!
[Voice off-camera]: Because that is not final, ah.
Lingam: Right, consult is to discuss. That’s all. But if I must get my father’s approval before married, then different. Approval different from consult.
[Voice off-camera]: So, who is the lord president now?
Lingam: Now chief justice Dzaiddin.
[Voice off-camera]: Dzaiddin…
Lingam: But between you and me. We have taken Dzaiddin for dinner three times.
[Voice off-camera]: Three times already.
Lingam: And we have given him the most expensive gift. Don’t ask about it lah. I have given him and Vincent Tan has given him. So, he also cannot attack us. Tomorrow we go say we give you this this this. He cannot go and say you are a agent. Correct or not? So, he is neither here nor there lah. That’s all.
[Voice off-camera]: But… Chief Justice..
Lingam: But in the court when I argue with him. He said, Datuk Lingam you said you will take one hour. I said, my Lord, it is only 50 minutes, I got another 10 minutes. But…I appreciate. Thank you, thank you… He is very nice with me, very polite with me. I have been sending cakes every hari raya. Vincent has been sending. He can’t go and say he is very clean, correct or not?
[Voice off-camera]: But then he is…
Lingam: But he is playing his game lah. He got the job, that’s it. Now, September he is finished that’s all. Make sure he is not extended.
[Voice off-camera]: But, he may ask for extension.
Lingam: He is hoping… he told somebody that he likes the job very much. Then he likes…Let him dream lah.
[Voice off-camera]: Above him is the Lord President?
Lingam: He is the number one man, Dzaiddin.
[Voice off-camera]: Whose the Lord President?
Lingam: He is called… those days called lord president, now called chief justice, federal court.
[Voice off-camera]: Oh… it is the same title.
Lingam: Number two President Court of Appeal, that Wan Adnan, my personal friend. He was sick. Nobody knows he is close to me. Right, in fact, he never knew his name is going up until I told him. Then number three, Ahmad Fairuz, Chief Judge Malaya. Ahmad Fairuz is going to be acting, now acting…number two. Right? So, next minute, even Raja Aziz said he is going to be the next top job. He is…definitely number one lah. So, he told me I leave it all to you and you must help me and all…I said I’ll arrange for you to meet Tengku Adnan, Vincent and meet with PM lah…But this bugger is sometimes a bit scared. Ah…I must play shadow from the behind. Nobody should know I know you. Then you can help more. But people, see you know more, like Eusoff Chin, because I met him in New Zealand, became a problem. But if I didn’t meet him in New Zealand, it’s a… no problem. Correct or not? Unfortunate.
[Voice off-camera]: Then, in your…then they said you have taken photograph with him holidaying in…huh…huh…
Lingam: But unfortunately, I didn’t know. The worst thing I didn’t know Eusoff Chin put his hand like that! Alamak…so…I also didn’t know about it. What to do?
[Voice off-camera]: Then… then…
Lingam: Do you know, today one o’clock, Eusoff Chin having lunch in his house today. Hari Raya today. He called me and my wife to come. I told him we don’t go today, we make it another day. I don’t come but my wife and children will come. You know or not?I told my wife to call…[unclear]… [phone rings]…
Lingam: Hello…Joe Ah…!
Note: Because some parts of the recording are inaudible the transcript may not be 100% accurate.

Air paip percuma jika keADILan menang - Khalid Ibrahim

Air paip percuma jika keADILan menang - Khalid Ibrahim
Azamin Amin Sun Jan 27, 08 12:24:52 pm MYT

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Hrkh) -Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim memberi jaminan bahawa rakyat seluruh negara akan menikmati bekalan air paip percuma sekiranya KeADILan diberi mandat memerintah negara ini. -->
"Kalau kita menang, setiap isi rumah kediaman akan memperolehi air paip bersih percuma. Rakyat berhak mendapat bekalan air bersih percuma," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu forum 'Tawaran Keadilan Untuk Rakyat', di padang awam Sungai Lallang, Kedah baru-baru ini.
Ini menurut Khalid merupakan sebahagian daripada konsep merakyatkan ekonomi Malaysia termasuk akan menurunkan harga minyak sekiranya rakyat memberi mandat kepada Barisan Alternatif (BA) memerintah negara selepas pilihan raya umum ke-12.
"Saudara Anwar akan mengumumkan RM10 bilion akan digunakan untuk menurunkan kos minyak," katanya yang ditulis oleh Zulkifli Mohamed di laman web Malaysia Today.
Selain itu, tambah Khalid KeADILan juga akan memperkenalkan sistem pendidikan percuma untuk rakyat Malaysia.
"Sekolah percuma, peningkatan kemahiran percuma dan sebagainya, sebab kita perlu tingkatkan pendapatan rakyat kita supaya dia dapat bersaing," kata bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Permodalan Nasional Berhad (1979-1994 )yang juga mengumumkan sedang mengkaji dan akan melaksanakan skim bantuan kesihatan untuk semua.
Berhubung konsep 'merakyatkan ekonomi' Malaysia, ianya menjurus kepada agihan dan perkongsian kekayaan negara secara sama rata kepada keseluruhan rakyat tanpa mengira kaum, kata Khalid.
Katanya lagi konsep ini mampu dilaksanakan kerana hasil kekayaan negara sekarang sudah lebih daripada mencukupi bagi menampung keperluan 26 juta rakyat Malaysia.
Bahkan katanya, mengikut ukuran untuk menjadi sebuah negara maju, pendapatan perkapita rakyat mestilah berjumlah USD10 ribu atau kira-kira RM35 ribu setahun, Malaysia telahpun mencapainya.
"Malaysia bukan sebuah negara miskin,sebab negara telah sampai taraf (negara maju). Kalau dikira purata, semua orang boleh mendapat pendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000 sebulan sebuah keluarga," katanyanya.
Bagaimanapun menurut Khalid, oleh kerana kerajaan tidak melaksanakan dasar merakyatkan ekonomi, kek kekayaan negara hanya diagih dan berlegar di kalangan segelintir golongan tertentu menjadikan majoriti rakyat terus dibelenggu kemiskinan.
Beliau memberikan contoh, bagaimana cara pengagihan pendapatan negara berjumlah RM1 bilion berdasarkan konsep merakyatkan ekonomi negara.
"Mahu beli kapal terbang untuk Abdullah Badawi ke luar negara? Mahu beli kapal selam? Mahu naikkan gaji menteri-menteri? Mahu buat hospital? Atau mahu buat sekolah untuk rakyat, mana yang saudara akan pilih?" soalnya.
Jelasnya, sekiranya diberi keutamaan membina hospital dan sekolah, itulah antara yang dimaksudkan dengan konsep merakyatkan ekonomi negara.
Sebaliknya, kata Khalid kerajaan pimpinan Abdullah Badawi lebih mengutamakan pembelian kapalterbang untuk Perdana Menteri dan pembelian kapal selam.
"Selepas itu, apabila rakyat minta turunkan harga minyak, dia kata duit tidak cukup, negara boleh bangkrap," katanya.
Forum yaang dipengerusikan oleh Pengerusi keADILan Kedah Ir Zamri Yusof turut menampilkan penceramah terdiri daripada Bendahari keADILan William Wong, Ahli MPT Johari Abdul, Timbalan Pengarah Pilihan raya Fuziah Saleh dan Ketua Operasi KeADILan Din Merican.

Mengimbas kembali manifesto BN dalam pilihan raya 2004

Mengimbas kembali manifesto BN dalam pilihan raya 2004
-Ruhaine Ahmad
Posted on Saturday, January 26 @ 16:58:44 EST by reformis

Dalam PRU11, para pengundi juga terpesona dengan retorika Abdullah yang menyifatkan dirinya sebagai “hamba no. 1 negara.” Retorika ini digandingkan pula kata-kata puisi “aku cari bukan wang berjuta-juta, untuk hidup bergaya; aku cari bukan kawan-kawan, untuk hidup sekadar berfoya-foya.”Oleh Ruhanie AhmadBaru-baru ini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta rakyat jelata, menerusi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, memberikan semula mandat kepada Barisan Nasional untuk menerintah Malaysia.Permintaan ini disuarakan sewaktu rakyat jelata amat resah dan gelisah mengenai kepimpinan Abdullah yang disifatkan oleh banyak pihak sebagai lemah dan didakwa pula sebagai dimanipulasikan oleh segolongan individu yang rapat dengannya.Permintaan ini juga diluahkan oleh Abdullah sewaktu populariti beliau - menurtu satu survey Merdeka Centre - sedang berada di tahap yang paling rendah sekali sejak beliau memegang teraju kepimpinan Malaysia.Maka terserahlah kepada kebijaksanaan rakyat jelata untuk memenuhi permintaan tersebut. Kuasa undi merekalah yang akan menentukannya.Hamba No. SatuBagaimanapun, wajar diimbas semula beberapa aspek penting manifesto BN dalam PRU11. Antaranya adalah seperti berikut”BN memenuhi tuntutan rakyat dengan memerangi rasuah dan memperbaiki mutu perkhidmatan kerajaan.BN menyokong anda ”Saya adalah hamba no. 1 negara”Dalam manifesto BN untuk PRU11, rasuah diberikan fokus paling utama. Bagaimanapun, inilah realitinya pada ketika ini:Pada 2005, Political and Economic Risk Consultancy Ltd. (PERC) berpangkalan di Hong Kong mendapati bahawa indeks rasuah di Malaysia kian merosot. Pada tahun 1996, Malaysia berada di tangga keempat dengan score 5 daripada 10 mata. Pada 2005, ranking Malaysia merosot kepada tangga keenam dengan score 6.8 daripada 10 mata. MerosotPada 19 November 2006, Bernama pula melaporkan bahawa Corruption Perception Index (CPI), Malaysia, yang disediakan oleh Transparency International kian merosot daripada tangga 39 kepada tangga 39. Pada 14 Mac 2007, The Star pula melaporkan bahawa “Malaysia’s economy is perceived by foreign businessmen to be more corrupt this year compared to last year, according to an annual survey carried out by Hong Kong-based Political and Economic Risk Consultancy (PERC).”Menurut akhbar berkenaan, tahap rasuah di Malaysia mengikut PERC pada 2006 adalah 6.13. Bagaimanapun score ini baik sedikit daripada 2005 - 6.8 mata. Seluruh hakikat di atas membuktikan bahawa janji BN untuk memerangi rasuah sebagaimana termaktub dalam manifesto PRU11 adalah mengecewakan.Mr. Clean?Dalam PRU11, para pengundi juga terpesona dengan retorika Abdullah yang menyifatkan dirinya sebagai “hamba no. 1 negara.” Retorika ini digandingkan pula kata-kata puisi “aku cari bukan wang berjuta-juta, untuk hidup bergaya; aku cari bukan kawan-kawan, untuk hidup sekadar berfoya-foya.”Kata-kata di atas menyakinkan majoriti pengundi bahawa Abdullah memang benar-benar “Mr. Clean” yang wajar diberikan sokongan penuh untuk membasmi korupsi di Malaysia.Bagaimanapun, realitinya pada hari ini adalah amat mengecewakan. Lantas, adakah rakyat jelata akan terus memberikan mandat yang dipinta oleh Abdullah menerusi PRU12? Adakah “Mr. Clean” dan “hamba no. 1 negara” ini masih terus putih dan bersih hingga ke saat ini? [bersambung dalam siri kedua]

Rakyat tidak pernah jemu, terus bangkit tentang kepincangan BN

Rakyat tidak pernah jemu, terus bangkit tentang kepincangan BN
Azamin Amin Sun Jan 27, 08 5:44:15 pm MYT
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Hrkh) - Usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) menghalang dan menyekat kebebasan bersuara dan bantahan rakyat merupakan satu tindakan yang sia-sia, kerana rakyat tidak pernah merasa jemu malah terus bangkit menentang kepincangan dan ketidakadilan yang dilakukan BN selama ini.
AJK PAS Pusat Anuar Tahir berkata tindakan bodoh dan biadap BN menyekat himpunan rakyat adalah semata-mata untuk menutup pekung mereka yang banyak menyalahgunakan kuasa dan wang rakyat.
"Ini taktik kotor untuk takutkan rakyat dalam suasana pilihan raya yang semakin dekat malah ianya sebagai ancaman untuk menggagalkan perhimpunan 23 Februari depan yang bakal dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).
"Sebenarnya mereka terkejut dan takut melihat kejayaan besar himpunan raksasa 10 November lalu yang mampu mengumpulkan sejumlah lebih 130,000 orang. Ini akan menjejaskan imej mereka dan peluang mereka untuk meraih kemenangan dalam pilhan raya ke-12 ini," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Balai Polis Jalan Hang Tuah (dikenali sebagai Penjara Pudu) petang tadi.
Beliau hadir untuk menyatakan bantahan terhadap penahanan 'tidak sah' terhadap 46 rakan seperjuangan yang ditangkap semalam.
Beliau yang kesal dengan penangkapan itu, menyatakan peserta dan penganjur Protes 'bersuara' bagi pihak rakyat yang semakin gusar dengan kenaikan harga minyak, tol dan barang yang tidak dapat diatasi oleh kerajaan BN sejak sekian lama.
"Tidak ada satu alasan kukuh untuk menangkap mereka. Mereka bukan penjenayah tetapi rakyat Malaysia yang melahirkan rasa kebimbangan dan tidak puas hati kerajaan terhadap isu ini.
"Walaupun BN melalui jentera kerajaan seperti polis mahupun pihak berkuasa cuba padamkan suara rakyat namun itu satu usaha ynag cukup sia-sia," katanya.
Malah katanya, sebanyak mana halangan dan sekatan sekalipun, aktivis hak asasi dan politik, pemipin pembangkana dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) akan terus berjuang demi memastikan kehidupan rakyat semakin baik dan terjamin.
"Dan saya nak ingatkan BN, jangan sangka yang tidak hadir atau 'khuatir' berhimpun bermakna mereka tidak akan menghukum BN dalam pilihan raya akan datang.
"Ramai antara mereka yang melihat, mendapat maklumat dan bijak membuat penilaian walaupun isu-isu tertentu cuba dimanipulasi dan 'ditutup' oleh BN daripada pengetahuan awam," katanya yang turut percaya 'pengundi senyap' akan memberi mandat kepada parti pembangkang pada pilihan raya ke 12 ini.- Az

Rancangan Menyingkirkan Sasterawan Negera Daripada Pengajaran Sekolah

27 Jan 2008
Rancangan Menyingkirkan Sasterawan Negara Daripada Pengajaran Sekolah
By Anwar Ibrahim
Categories: Isu Semasa, Pendidikan and Anwar
Cadangan Kementerian Pelajaran untuk menggantikan karya-karya para Sasterawan Negara dan penulis tersohor kita dengan penulis-penulis semasa yang dianggap popular di dalam mata pelajaran bahasa dan sastera di sekolah amat mengejutkan dan harus dibantah oleh semua yang menghargai nilai sastera dan warisan khazanah budaya negara.
Rancangan tersebut, yang dicadangkan untuk dilaksanakan pada 2010, dikatakan akan merangkumi penyingkiran karya tokoh-tokoh seperti Shahnon Ahmad, Usman Awang dan Samad Said, untuk digantikan dengan para penulis yang belum lagi terkenal ataupun penulis yang belum diiktiraf para karyawan. Kekayaan khazanah sastera mencerminkan ketinggian budaya sesebuah masyarakat, dan para sasterawan ini telah membina khazanah tersebut secara berterusan selama ini. Adakah kerajaan meluahkan penghargaan terhadap sumbangan mereka selama ini dengan tindakan sebegini?
Kami tidak membantah penggunaan teks penulis semasa yang dianggap popular sekadar memberikan pendedahan kepada pelajar tetapi galakan ini tidak seharusnya mengorbankan karya-karya agung bangsa. Di dalam perkara ini, selain dari mengembangkan karya-karya Bahasa Malaysia, kerajaan mesti turut mengambil peranan proaktif dalam mengembangkan sastera di dalam bahasa-bahasa lain terutamanya minat membaca hasil-hasil klasik sama ada di dalam Bahasa Inggeris, Cina mahupun Arab.
Pendidikan ialah hak asas semua rakyat dan menyediakan pendidikan yang bermutu ialah tanggungjawab pihak berkuasa. Meskipun Kementerian Pelajaran dalam sepuluh tahun kebelakangan ini sememangnya tidak dikenali kerana dasar dan tindakan yang munsabah, namun cadangan terbaru ini teramatlah tidak masuk akal, malah lebih dikesali andainya ia dibuat atas perkiraaan politik. Jelas sekali, tidak ada sebarang manfaat daripada cadangan ini. Saya menyeru semua rakyat Malaysia yang prihatin untuk membantah cadangan yang dikira dangkal dan merendah darjat budaya bangsa.
ANWAR IBRAHIM

Friday, January 25, 2008

Demokrasi Bukan Sekadar Pilihanraya Sahaja

Demokrasi Bukan Sekadar Pilihanraya Sahaja
Apabila Zainuddin Maidin (Zam) ditanya oleh pemberita AL-Jazeera berhubung layanan tidak demokratik pihak kerajaan ke atas perhimpunan 100 ribu rakyat baru-baru ini, beliau dengan tegas menafikannya dengan hujah bahawa pihak kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab mengadakan pilihanraya setiap 5 tahun. Ucapan sebegini bukanlah sesuatu yang pelik terungkap daripada mulut pimpinan UMNO dan Zam bukanlah satu-satunya pemimpin UMNO yang berhujah sedemikian. Boleh dikatakan semua pemimpin kerajaan yang ada hari ini akan menggunakan hujah yang serupa apabila isu demokrasi dibangkitkan.
Persoalannya, adakah wajar kita menyamakan demokrasi dengan pilihanraya semata? Adakah benar apabila pilihanraya diadakan saban 5 tahun maka negara Malaysia adalah negara demokratik?
Perkataan demokrasi adalah daripada perkataan Greek "demokratia" yang bermaksud "pemerintahan oleh rakyat" (rule by the people). Pelbagai tafsiran telah diketengahkan berhubung bentuk demokrasi sebenar sesebuah negara tetapi sehingga hari ini masih belum ada persetujuan mutlak bagaimana rupabentuk sebenar negara demokrasi contoh berkenaan. Namun begitu, para ilmuan bersetuju beberapa garispanduan yang boleh digunapakai dalam mengukur tahap demokrasi sesuatu negara. Antara kriteria penting yang diperhatikan ialah tahap kebebasan bersuara, tahap kebebasan media, keluhuran perlembagaan, hak asasi manusia, dan tahap kebebasan sivil.
Pilihanraya adalah tentang membuat pilihan, tentang bagaimana rakyat memilih pemimpin untuk memerintah negara. Tanggungjawab kerajaan ketika pilihanraya di dalam negara yang demokratik bukan saja terhad kepada menyediakan kertas undi dan tempat membuang undi tetapi yang lebih penting memastikan pengundi mempunyai maklumat yang cukup sebelum membuat pilihan. Pengundi perlu peka tanggungjawab mereka sebagai pengundi, implikasi daripada pemilihan mereka dan kesan kepada negara hasil daripada tindakan penggundian mereka. Walaupun rakyat sesebuah negara itu tidak mempunyai tahap keilmuan dan kefahaman yang sama, kerajaan perlu sedaya upaya mencari jalan supaya maklumat ini sampai dan difahami oleh pengundi sebelum mereka membuang undi. Dan tidak kurang pentingnya, pengundi perlu diberi jaminan yang mereka boleh mengundi tanpa ada rasa takut atau gentar untuk memileh sesiapa yang mereka sukai. Segala peraturan yang boleh dianggap menimbulkan ketakutan kepada pengundi untuk bersikap adil perlulah dihapuskan. Apa yang berlaku di Malaysia hari ini adalah sebaliknya. Media yang dikuasai oleh parti pemerintah samada melalui UMNO, MCA, MIC atau proksi mereka telah menggunakan seluas-luasnya ruang komunikasi yang ada untuk samada memburuk-burukkan calun dan dasar parti pembangkang atau mengheboh-hebohkan kehebatan parti pemerintah tanpa memberi ruang kepada parti pembangkang untuk membela diri atau berkempen. Padang "permainan" media yang tidak rata ini akan menyekat pengundi daripada membuang undi berdasarkan maklumat yang tepat dan kebiasaannya akan menguntungkan parti pemerintah.
Kebebasan bersuara amat penting kerana ia akan membuahkan perbincangan dan penghujahan yang sihat dan rasional di kalangan rakyat. Tidak semua orang berkesempatan atau berkelayakan untuk memahami isu berkaitan kepentingan negara. Justeru itu mereka-mereka yang berkemampuan perlu diberi ruang mengeluarkan pendapat mereka walaupun pendapat ini bercanggah dengan kepentingan pemimpin kerajaan. Dalam masa yang sama, pihak kerajaan dan orang ramai juga berhak membalas atau mengkritik sebarang pandangan yang tidak serasi dengan mereka. Budaya dialog sebegini amat penting bagi menjamin kesuburan demokrasi. Tetapi amalan di negara ini amat jauh berbeda. Sebarang percanggahan pendapat rakyat dengan pemerintah dianggap tidak wajar dan biasanya akan berakhir dengan kecaman dan hukuman. Ia lebih ketara lagi jika insan berkenaan adalah kakitangan kerajaan. Bukan menjadi rahsia lagi kakitangan kerajaan ditukar tempat bekerja, dibekukan kenaikan pangkat dan diberi amaran keras oleh majikan jika mereka tidak tahu "tutup mulut". Derita rakyat ditambah lagi dengan undang-undang keras untuk menghalang mereka daripada "bercakap" termasuk antaranya Akta Polis, Akta Rahsia Resmi (OSA), Akta Mesin Cetak, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Usaha memburuk-burukkan sesiapa saja yang bercanggahan dengan pandangan parti pemerintah merupakan agenda berterusan UMNO dan BN untuk sekian lama dan dijangka terus bertambah hebat di masa-masa akan datang.
Undang-undang dan peraturan negara terutama yang berkaitan dengan hak asasi dan kebebasan sivil masyarakat sebuah negara demokratik perlu diberi perhatian serius dan sentiasa dikaji sepanjang masa. Saya tertarik dengan ucapan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas beberapa malam yang lepas, di mana beliau berkata undang-undang adalah sesuatu yang hidup dan perlu dikaji dari masa ke semasa supaya ia terus relevan. Undang-undang 20 tahun lepas jika di bandingkan dengan undang-undang hari ini adalah berbeda dan proses merubahnya walaupun berdikit-dikit tetapi tetap berlaku. Justeru itu dalam aspek undang-undang dan perlembagaan Malaysia, maka kajian menyeluruh perlu dibuat supaya keadilan rakyat dapat ditegakkan. Malah undang-undang dan peraturan berkaitan pilihanraya pun perlu banyak perubahan. Sebagai contoh, antaranya, sebagaimana yang dituntut segera oleh BERSIH seperti aspek pemutihan daftar pemileh, peruntukkan undi pos, celup jari dengan dakwat kekal dan akses media yang adil kepada semua yang bertanding. Dan banyak lagi peraturan yang perlu diperkenalkan seperti kaedah pendaftaran pemileh secara otomatik, pemantauan bajet calun di dalam pilihanraya, pembentukkan kerajaan sementara apabila parlimen dibubarkan, penggunaan harta benda kerajaan ketika berkempen, dan juga perubahan struktur juga perlu dipertimbangkan.
Sebagai contoh, dengan sistem "first-pass-the post" yang kita warisi daripada British ternyata begitu banyak kelemahannya dan telah dimanipulasi oleh UMNO melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sejak sekian lama. Jika kita berpegang kepada prinsip satu rakyat, satu undi dan satu suara, ternyata kita telah gagal. Di kawasan bandar umpamanya, jumlah pengundi bagi satu-satu parlimen mungkin 3 kali ganda daripada jumlah pengundi kawasan parlimen di luar bandar tetapi kerusi yang diwakili tetap 1 kerusi. Dan apabila dijumlahkan keseluruhan undi popular dan dibandingkan dengan jumlah kerusi, kita akan dapati jurang perbedaan yang amat ketara. Perhatikan angka dan analisa ringkas keputusan undi pilihanraya 2004 di bawah untuk melihat dengan lebih jelas:Parti % undi parlimen jumlah kerusiBarisan Nasional 63.9% 198 (90.4%)(MCA) (15.5%) 31 (14.2%)
Pembangkang 36.1% 21 (9.6%)(PAS) (15.2%) 7 (3.2%)
Jika sistem perwakilan berkadar (proportionate representation) diamalkan, berdasarkan jumlah undi pilihanraya umum ke 11 (2004), BN hanya layak mendapat 140 kerusi manakala pembangkang pula 79 kerusi yakni menafikan majority 2/3 kerajaan BN. Tetapi manipulasi UMNO dengan menyempadankan kawasan parlimen mengikut selera dan kepentingan politik mereka menyebabkan, walaupun mereka hanya memperolehi jumlah undi popular sebanyak 63.9%, tetapi menguasai kerusi 90.4%. Perhatikan juga pecahan undi parti komponen BN iaitu MCA dan undi komponen parti pembangkang PAS, walaupun undi mereka hampir sama di sekitar 15%, tetapi perbedaan kerusi amat ketara iaitu 24 kerusi. Jelas ketempangan sistem pilihanraya yang kita amalkan sekarang, dan saya yakin UMNO akan terus mempertahankannya kerana ia memberi kelebihan kepada mereka untuk terus kekal berkuasa. Dan dalam masa yang sama wakil yang dilantik ke parlimen tidak betul-betul menjadi "wakil rakyat", sebaliknya menjadi wakil parti.
Berdasarkan pemerhatian di atas, amat wajar sekali rakyat Malaysia terus bangun mendesak kerajaan membuat perubahan bukan saja kepada sistem pilihanraya negara tetapi juga kepada undang-undang yang mengugat kedemokratikkan Malaysia. Himpunan 100 ribu rakyat adalah permulaan yang sangat baik tetapi tidak memadai jika terhenti di situ saja. Pelbagai kegiatan dan aktiviti perlu dianjurkan untuk memberi tekanan kepada kerajaan yang ada. Berdasarkan komen pemimpin yang ada, saya yakin mereka tidak akan melakukan sebarang perubahan tanpa disertakan tekanan politik oleh rakyat. Dan itulah sebenarnya senjata yang paling ampuh yang ada pada kita. Demi kesejahteraan kita semua, kita perlu bersatu meledakkan lagi gelombang kuning ke tahap yang lebih besar.
Anak Bapa: Ketika menghadiri kursus Total Quality Management (TQM) beberapa tahun lepas, saya sentiasa diperingatkan dengan satu aspek penting mengenai Quality ialah "continuous improvement" atau pun "perubahan berterusan". Dalam apa jua bidang kehidupan, kita diajar supaya membuat perubahan ke arah yang lebih baik. Jadi apabila pimpinan UMNO diminta rakyat membuat perubahan yang lebih baik di dalam sistem pilihanraya, mereka sengaja buat pekak dan badak. Ini yang buat saya naik bingung. Dah banyak duit kerajaan habis kerana memberi kursus TQM kepada mereka, masih tak faham-faham. Akibat tidak mahukan perubahan, pemimpin UMNO makin hari makin jauh daripada rakyat. Lambat laun UMNO akan menjadi dinosaur, dan melayakkan mereka untuk dibakulsampahkan rakyat.

Bukti polis buat tak kisah dengan laporan jenayah

Bukti polis buat tak kisah dengan laporan jenayah
Posted on Saturday, November 24 @ 10:39:00 EST by reformis
Oleh TOK DEMANG
Subang Jaya.

PADA kira-kira pukul 11 pagi Isnin lalu, saya terserempak dengan satu kejadian jenayah cubaan memecahkan kenderaan di Subang. Atas rasa tanggungjawab, saya mengarahkan pemandu saya berpatah balik ke tempat kejadian untuk cuba membantu tetapi penjenayah telah melarikan diri.
Bagaimanapun nombor pendaftaran kenderaan penjenayah tersebut dapat kami peroleh. Atas rasa simpati saya telah mencadangkan kepada mangsa segera ke balai polis berhampiran untuk buat laporan polis.
Selepas beberapa minit kami beredar, kami terserempak dengan kenderaan yang dinaiki penjenayah dan saya mengarahkan pemandu saya mengekori kenderaan tersebut.
Balai Polis Subang telah kami hubungi dan pegawai bertugas dan pantas mengambil segala butir maklumat daripada kami dan beliau berjanji akan menyalurkan maklumat kepada kereta peronda. Ketika itu kami masih mengekori kenderaan penjenayah.
Sepanjang perjalanan mengekori kenderaan penjenayah, kami tidak putus-putus dihubungi oleh pihak polis bermula daripada peronda kawasan Subang, kawasan Sungei Way, Bilik Gerakan Petaling Jaya dan seterusnya apabila kami sampai di kawasan Kuala Lumpur pihak polis Kuala Lumpur juga ada menghubungi kami dan kami telah sampaikan segala maklumat dengan tepat dan memberitahu mereka bahawa kami masih mengekori kenderaan penjenayah tersebut dan minta pihak polis bertindak cepat.
Malangnya apabila sampai di lebuh raya berhampiran Pandan Perdana penjenayah tersebut telah mula menyedari mereka telah kami ekori dan dengan pantas mereka memandu dengan laju di celah-celah kesesakan jalan raya.
Ketika itu kami dihubungi oleh polis Cheras dan dengan perasaan hampa kami memaklumkan bahawa kami kehilangan jejak mereka.
Apa yang dikesalkan ialah selama hampir satu jam kami mengekori kenderaan penjenayah tersebut dari Subang ke Pandan Indah, Kuala Lumpur dan menyampaikan maklumat kepada pihak polis, tiada satu pun kelihatan kenderaan peronda polis berada di jalan raya yang kami lalui.
Mungkin kejadian yang kami lalui ini boleh dijadikan panduan oleh pihak polis untuk menambah baik sistem operasi pihak polis yang sedia ada agar apabila kejadian yang serupa berulang lagi di depan mata kami, kami tidak akan teragak-agak lagi untuk membantu polis. - UTUSAN

Bersih sokong The Star minta SPR pantau belanja kempen

Bersih sokong The Star minta SPR pantau belanja kempen
Posted on Thursday, December 27 @ 14:38:17 EST by reformis Oleh Urusetia Bersih

“Terserah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyediakan perbelanjaan semua yang bersangkutan dengan pilihan raya yang lengkap dan bersesuaian, secara terperinci yang mana boleh diperolehi secara online mahupun berdasarkan kepada permintaan.”Kenyataan di atas ialah pandangan pengarang akhbar Star pada Ahad 23 Disember 2007, di mana BERSIH ingin menyokong.Selalunya, media perdana memaparkan BERSIH sebagai sebuah elemen anti kepada pengukuhan (sungguhpun tidak benar), jarang sekali bagi sebuah gabungan bagi pilihan raya yang bersih dan adil, bersetuju dengan pandangan-pandangan media sedemikian.
Berdasarkan kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, pilihan raya akan datang ini akan melibatkan perbelanjaan sejumlah RM200 juta, di mana RM 1 juta akan digunakan untuk dakwat kekal dan RM 16 juta bagi kotak undi telus pandang.Untuk makluman, BERSIH tidak pernah meminta supaya diadakan kotak-kotak telus pandang dan sentiasa menjadi kemusykilan kami mengenai proses-proses salah dan menipu dibangunkan di dalam sistem pemilihan yang menggugat kredibiliti pilihan raya di Malaysia – bukannya kota-kotak pandang telus. Sudah tiba masanya untuk SPR menjalankan perakaunan bagi perbelanjaan dalam mengendalikan pilihan raya bagi menunjukkan integriti kewangan mereka, sebagai institusi awam yang dipertanggungjawabk an untuk menegakkan demokrasi di Negara ini.BERSIH juga ingin menegaskan perlunya SPR untuk melihat kepada aspek perbelanjaan kempen di kalangan parti-parti politik. Buat masa ini, terdapat julat terhadap perbelanjaan oleh calon-calon tetapi tiada penilitian mengenai sumber-sumber pengagihan, bentuk kewangan atau seumpamyanya, kepada kempen calon-calon.Kesaksamaan pentadbiran ialah satu lagi aspek penting untuk pilihan raya bersih dan adil. Anggota-anggota daripada kerajaan yang sedia ada mestilah dilarang daripada menggunakan jentera kerajaan serta mengisytiharkan peruntukan-peruntuk an pembangunan yang bersangkutan semasa pilihan raya diadakan.

Ling Liong Sik, Chan Kong Choy salahguna kuasa isu PKFZ

Ling Liong Sik, Chan Kong Choy salahguna kuasa isu PKFZ
Posted on Wednesday, December 19 @ 19:55:12 EST by reformis
Oleh Anwar Ibrahim

Sehingga hari ini kerajaan belum memberikan sebarang penjelasan tentang status Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan bertanggungjawab di atas pertambahan kos yang berjumlah RM 3.5 bilion. Untuk menutup kerugian projek yang gagal ini, kerajaan telah mengumumkan bahawa ia akan melanjutkan pinjaman berjumlah sehingga RM4.681 bilion bermula dari tarikh yang lebih awal.
Kes ini merupakan salah satu daripada begitu banyak contoh yang mendedahkan percanggahan kepentingan, rasuah dan salahtadbir melibatkan ahli politik, tokoh korporat dan pegawai kerajaan. Meskipun Perdana Menteri dan Kabinet sudahpun mengeluarkan arahan, Ketua Setiausaha Negara masih lagi tidak memberi penjelasan yang mencukupi. Tidak ada seorang pun yang telah dipertanggungjawabkan untuk skandal ini.
Meskipun aspek kewangan projek ini sukar diselamatkan, sebuah audit yang bebas dan telus akan memastikan pihak yang mencabuli amanah di dalam kes ini dipertanggungjawabkan dan memulihkan kredibiliti Kementerian Pengangkutan.
Pengambilan Tanah
Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membeli 1000 ekar tanah Pulau Indah dari Kuala Dimensi Sdn. Berhad pada harga RM25 sekaki persegi untuk sejumlah RM1.8 billion (termasuk faedah). Kuala Dimensi membuat keuntungan sebanyak RM993 juta kerana ia telah membelinya dari Koperasi Kemajuan Pulau Lumut dengan harga RM95 juta (pada RM3 sekaki persegi) sahaja. Urusniaga yang cukup lumayan ini melibatkan pimpinan UMNO dan MCA termasuk Pengerusi Tetap UMNO sekarang, Tan Sri Dato Seri Haji Onn Ismail; Bendahari UMNO, Dato Seri Azim bin Mohamed Zabidi; Dato Chor Chee Heung daripada MCA yang merupakan Pengerusi LPK dan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri; dan Dato Seri Tiong King Sing, Ahli Parlimen BN untuk Bintulu serta rakan-rakan mereka.
Jelas sekali pihak utama yang rugi dari penjualan tanah ini ialah ahli Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Bhd. Justeru, janji politik untuk memelihara orang miskin dan membantu orang Melayu tidak kesampaian dan sebagai gantinya kelompok kecil yang rapat dengan kerajaan terus mengumpul kekayaan.
Amat aneh sekali Menteri Pengangkutan pada waktu itu menolak pandangan Peguam Negara bahawa tanah tersebut boleh diambil untuk “tujuan awam” di bawah Akta Pengambilan tanah pada harga RM10 sekaki persegi. Sebaliknya Kementerian Pengangkutan dan Lembaga Pelabuhan Klang memilih pembelian tanah tersebut dengan cara biasa pada harga RM25 sekaki persegi. Kini telah diketahui bahawa persetujuan ini dicapai pada tahun 2002 antara Kementerian Pengangkutan, LPK dan Kuala Dimensi tanpa kelulusan Pembedaharaan ataupun Kabinet.
Pemberian Kontrak
Saya merasakan agak aneh bahawa LPK melantik Kuala Dimensi Sdn. Bhd., pihak yang menjual tanah tersebut, sebagai kontraktor turnkey tunggal untuk projek Zon Bebas Pelabuhan Klang menerusi Perjanjian Pembangunan Tanah bertarikh 27 Februari 2003. Kuala Dimensi Sdn. Bhd kemudian melantik Wijaya Baru Sdn. Bhd. sebagai subkontraktor utama. Syarikat ini sama ada dimiliki atau dikuasai Dato’ Seri Tiong King Sing dan Dato’ Abdul Azim bin Mohd Zabidi sebagai Pengarah Kuala Dimensi Sdn. Bhd.
Nyata sekali wujud ketidaktelusan di dalam prosedur pemberian kontrak oleh LPK dan Kementerian Pengangkutan.
Kesalahan Besar Prosedur Kewangan dan Salahguna Kuasa
Di dalam rekod awam telah dinyatakan bahawa bekas Menteri Pengangkutan, Tun Ling Liong Sik, memberi jaminan kepada kerajaan bahawa projek Zon Bebas Pelabuhan Klang ini mampu berjaya, akan mempunyai pembiayaan sendiri dan tidak memerlukan dana kerajaan. Kalau begitu mengapa timbul keperluan memberikan “pinjaman mudah” bernilai RM4.6 bilion kepada LPK? Bukankah ini satu lagi bukti kemelut yang melanda pentadbiran hari ini?
Menteri Pengangkutan merasakan wajar untuk memberikan empat (4) “Surat Sokongan” untuk pengatur utama pengisuan bon. Tun Dr. Ling Liong Sik mengeluarkan satu surat bertarikh 28 Mei 2003 dan tiga lagi dikeluarkan oleh Menteri kini, Datuk Seri Chan Kong Choy bertarikh 23 April 2004, 8 Disember 2005 dan 23 Mei 2006.
Surat-surat ini memberikan komitmen Kerajaan sebagai penjamin untuk apa-apa liabiliti yang dipikul oleh LPK untuk projek Zon Bebas Pelabuhan Klang. Telah terbukti bahawa surat-surat ini merupakan jaminan kerana ia mengandungi perkataan yang bermaksud “kami akan pada setiap masa di masa hadapan memastikan LPK berada di dalam kedudukan untuk memenuhi (dan memenuhinya dengan sepenuhnya pada masa yang sepatutnya) liabiliti mereka di dalam jumlah pembayaran semula selagi mana jumlah pembayaran semula masih lagi tidak dilangsaikan…”
Menurut polisi kerajaan yang biasa, Kementerian Kewangan merupakan satu-satu agensi kerajaan yang boleh mengeluarkan apa-apa bentuk jaminan bagi kerajaan dan ini mestilah mendapat kelulusan Kabinet.Pemberian “Surat Sokongan” bercanggah dengan peraturan dan prosedur kerajaan. Ketika saya menjawat Menteri Kewangan, perkara sebegini tidak pernah dibenarkan berlaku. Apa yang lebih dasyat ialah Pembedaharaan tidak sedar tentang surat-surat ini sehinggalah mereka dimaklumkan oleh pengatur utama pada Disember 2006.
Berdasarkan keterangan di atas, wujud asas yang kukuh bahawa Tun Dr. Ling Liong Sik dan Datuk Seri Chan Kong Choy terlibat di dalam sesuatu yang tidak betul di dalam mengeluarkan surat sokongan yang mengakibatkan kerajaan terpaksa menyelamatkan LPK dengan memberikan kelebihan yang luarbiasa kepada beberapa pihak. Pihak-pihak terbabit juga disokong oleh kehadiran pimpinan UMNO di dalamnya.
Desakan Untuk Siasatan Menyeluruh dan Bebas
Saya mesti menyatakan bahawa saya terkejut dengan sikap tidak endah pentadbiran Abdullah di dalam salahtadbir projek awam dan prinsip-prinsip pentadbiran yang baik di samping kegagalan pegawai awam di dalam menguruskan projek-projek negara.
Saya, dengan ini, mendesak siasatan audit siasatan menyeluruh dan bebas oleh firma audit professional terhadap projek Zon Bebas Pelabuhan Klang. Audit ini sewajarnya menentukan tahap liabiliti kerajaan, mendedahkan kelemahan yang sedia ada di dalam sistem kawalan kewangan dan perakaunan, dan menentukan sama ada wujud bukti kesalahan kewangan, salahlaku ataupun rasuah. Saya juga mencadangkan agar kerajaan mendedahkan semua rekod berkaitan perkara ini kepada orang awam bersama laporan audit selepas ia dibentangkan di Parlimen.
Saya ingin mengulangi desakan saya sebelum ini agar sebuah Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan dan juga mendesak BPR dan badan-badan berkaitan lain untuk bertindak dan menyiasat sepenuhnya skandal ini

Sejak bila tv kita begitu pentingkan moral?

Sejak bila tv kita begitu pentingkan moral?
Posted on Monday, January 21 @ 12:00:39 EST by reformis

Tetapi sejak bila stesen televisyen kita tidak boleh menyiarkan lelaki yang tidak berbaju? Sejak bila persembahan pentas kita melarang lelaki tidak berbaju atau hanya bercawat membuat persembahan? Oleh KU SEMAN KU HUSSAIN

KETIKA para moralis kita tiba-tiba sibuk bercakap tentang moral penyanyi Faizal Tahir yang membuka baju semasa menyanyi, saya teringat kembali isu Sofea Jane berkemban dalam filem Perempuan, Isteri dan Jalang (1993). Dalam filem arahan U-Wei Haji Saari itu, Sofea berkemban ketika mandi di sungai.
Di luar panggung, banyak yang menjadi ahli moral menganggap filem itu menghina wanita. Salah satunya menonjolkan wanita dalam keadaan berkemban. Tetapi dalam majlis-majlis hiburan sama ada disiarkan di televisyen atau tidak, banyak juga wanita yang berkemban. Cuma mereka tidak berkemban dengan kain batik tetapi dipergayakan secara lebih moden. Ini tidak menjadi isu. Kenapa?
Saya percaya semua ini kerana sesetengah daripada kita tidak melihat secara luas dan menyeluruh. Mereka melihat sesuatu isu pada sesuatu masa saja. Sofea tidak boleh berkemban dengan kain batik tetapi kalau diperbuat daripada kain yang lebih mahal barangkali tidak menjadi isu. Maka mereka ini bukan prihatin fasal moral.
Apa isunya Faizal Tahir menyanyi dengan tidak berbaju? Secara jujur apakah yang para moralis kita bangkitkan? Memang banyak baiknya kita prihatin bab-bab moral seperti ini tetapi jangan memilih sesuatu isu saja. Malah memang tidak elok menyanyi tanpa memakai baju.
Tetapi sejak bila stesen televisyen kita tidak boleh menyiarkan lelaki yang tidak berbaju? Sejak bila persembahan pentas kita melarang lelaki tidak berbaju atau hanya bercawat membuat persembahan? Stesen televisyen kita selalu menyiarkan sukan bina badan dan kita tidak pernah melihat lagi peserta sukan bina badan pakai baju.
Kita juga selalu melihat persembahan kesenian tradisi yang menampilkan penari lelaki hanya bercawat. Penari tarian klasik India juga tidak berbaju. Apabila kita semua senyap sebelum ini bermakna kita telah menerima ini sebagai biasa. Adakah sekiranya Faizal diletakkan di pentas bina badan, dia mesti memakai baju? Kalau kita menerima Faizal tidak berbaju dalam sukan bina badan, isunya bukanlah tidak berbaju.
Isunya ialah persepsi. Kita tidak boleh menjadikan persepsi yang selalu berubah-ubah itu sebagai peraturan segera. Ini bukan tidak adil malah memperlihatkan pengendali dasar tidak ada pendirian yang boleh dihormati. Kita sendiri tidak pasti apakah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mempunyai satu peraturan yang jelas mengenai ‘lelaki tidak berbaju’ dalam program televisyen?
Jangan mengukur isu daripada kontroversi. Apabila tercetus kontroversi maka isu itu dilihat berasingan daripada perlakuan lain yang tidak menjadi bahan kontroversi. Maka arahan yang dikeluarkan bolehlah dianggap seperti mi segera yang tiba-tiba saja dibuat sebagai reaksi kepada kontroversi. Kalau kita mengakui Faizal tidak berbaju sama seperti peserta bina badan atau penari yang hanya bercawat, tentu kita tidak melayan kontroversi ini.

Kelantan rintis negara kebajikan PAS

Kelantan rintis negara kebajikan PAS
Posted on Wednesday, January 23 @ 09:12:35 EST by reformis
Oleh Husam Musa

Cara Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Annuar Musa menyerang Negara Berkebajikan PAS menunjukkan BN menentang konsep menjadikan Malaysia lebih berkebajikan. Cabaran beliau supaya PAS menunjukkan teladan sebagai negeri berkebajikan telah lama bersambut. Namun Kerajaan Negeri Kelantan tidak harus sama sekali disamakan dengan Kerajaan Persekutuan.
Membandingkan Kelantan sebagai Kerajaan Negeri berbanding Malaysia yang mempunyai kuasa Persekutuan seperti menerima cukai petroleum dan hasil cukai langsung dan tidak langsung yang lain, samalah membanding anak masih bersekolah dengan bapa yang kaya raya dengan harta pesaka di samping pendapatan sendiri. Kerajaan Persekutuan juga menerima faedah dari khazanah minyak negara yang tidak dimiliki Kerajaan Negeri seperti Kelantan.
Kos hidup di Kelantan juga masih dikekalkan rendah di atas kejayaan pengurusan Kerajaan Negeri atau agensinya. Tarif air misalnya. Tarif AKSB adalah yang keempat terendah di Malaysia iaitu 0.55 sen per meter padu. Bandingkan apa yang perlu di bayar penduduk Perak (73 sen), Selangor (0.77 sen), Johor (90 sen) per meter padu domestik.
Bagi kakitangan Kerajaan Kelantan pula mereka beryukur kerana mendapat Skim Pinjaman Perumahan, Kenderaan dan Komputer tanpa dikenakan interest. Ini menunjukkan Kelantan, negeri yang berkebajikan sekiranya dibandingkan dengan pinjaman PPTN yang dikenakan kos perkhidmatan 4 peratus.
Orang awam yang terdesak kewangannya juga merasai tempias nikmat Negeri Berkebajikan di mana Kerajaan Kelantan memperkenalkan Pajak Gadai Islam Ar-Rahn. Sistem yang dipelopori Kerajaan PAS ini berkebajikan berbanding pajak gadai berkonsepkan ‘bunga’ dan lesap barang gadaian yang diamalkan sebelum ini atau masih diamalkan negeri-negeri lain.
Ini semua adalah plus faktor kepada kesejahteraan pelbagai lapisan penduduk Kelantan. Berikut adalah skim yang diperkenalkan Kerajaan Kelantan demi kesejahteraan rakyatnya:
• Skim Armalah dan Anak Yatim: Anak wanita yang kematian atau berpisah dengan suami diberikan bantuan sosio ekonomi dan bantuan kewangan.
• Skim Kesihatan Sakit Kronik: Skim ini membiayai kos kewangan bagi mereka yang menderita penyakit yang serius termasuk menampung kos pembedahan dan ubatan.
• Skim bantuan Orang Kurang Upaya: Khusus untuk OKU membeli peralatan, anggota palsu dan bantuan kewangan. Tahun 2007 seramai 1,610 OKU seluruh Kelantan diberikan bantuan merangkumi anggota palsu, kerusi roda, motor roda tiga, alat pendengaran, komputer, mesin jahit dan kewangan.
• Skim Takaful Armalah: Skim perlindungan insuran yang pertama di Malaysia khusus untuk armalah. Untuk menjaga kebajikan golongan armalah ini, Kerajaan Kelantan melantik Pegawai Pembangunan Armalah bagi melicinkan usaha menyampaikan bantuan. Skim khusus ini adalah yang pertama di Malaysia.
• Skim Kifaalah: Skim khairat kematian untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas. Seramai 92, 803 wargaemas telah di daftarkan. Pada 2007 seramai 4,170 kes kematian dilaporkan dan keluarga menerima manfaat. Program ini kini ditiru beberapa pemerintah negeri lain termasuk Selangor.
• Skim Ladang Rakyat: Sehingga Januari 2008, seramai 3,693 peserta miskin pelbagai kaum termasuk 200 orang Asli didaftarkan di bawah skim ini. Mereka diberikan dividen dalam bentuk kewangan secara bulanan.
• Bantuan Segera Bencana: Mangsa bencana seperti kebakaran, banjir dan ribut menerima bantuan sehingga RM5000 bagi membina kehidupan mereka.
Skim bakal dilancarkan
Skim Rumah Rakyat: Percuma untuk golongan armalah, miskin dan orang tua manakala diskaun akan diberikan untuk mereka yang berpendapatan rendah. Sebanyak RM15 juta diperuntukkan setahun bermula 2008.
Jelas, Kelantan dan Malaysia berbeza di bawah Perlembagaan. Kelantan tidak mempunyai kuasa perlembagaan untuk kutipan cukai bagi menjana sumber pendapatan. Kerajaan Pusat mempunyai kuasa mengutip royalti minyak dan mengagihkan seperti kepada kepada Kerajaan Terengganu. (walaupun ditarik ketika PAS memerintah). Dalam masa singkat itupun, Kerajaan PAS Terengganu menghapuskan cukai pintu di seluruh Terengganu dan kutipan tol di Kuala Terengganu.
Dengan track record itu kita yakin dapat membawakan konsep Negara Berkebajikan di peringkat nasional jika rakyat memberi peluang PAS memimpin Malaysia. Bandingkan pula dengan apa yang berlaku di bawah pemerintahan ala ‘profit sharing' di bawah BN. Dengan hasil yang begitu besar sekalipun, Kerajaan BN mengenakan pelbagai caj untuk perkhidmatan kesihatan seperti ubatan, rawatan bersalin atau pembedahan yang dulunya percuma atau dikenakan bayaran minimum.
Tol dan tarif eletrik dinaikkan. Bayaran persekolahan membebankan dan kos hidup meningkat kerana kenaikan harga minyak hasil falsafah BN, ‘tak naik harga minyak, Kerajaan BN bangkrap’.
Tidak ada salahnya rakyat Malaysia meneroka satu peluang hidup yang lebih berkebajikan dengan segala kekayaan yang dikurniakan Allah kepada negara kita.