Friday, January 25, 2008

PRU12 Tak Akan Diadakan Dalam Tempoh Terdekat Ini?

PRU12 Tak Akan DiadakanDalam Tempoh Terdekat Ini?

Pilihan Raya Umum (PRU) KE-12 mungkin tidak akan diadakan dalam tempoh terdekat sebagaimana yang hangat dispekulasikan oleh banyak pihak ketika ini, demikian kata sumber-sumber kepada blog ini hari ini.Apabila ditanya sama ada ini akibat kemelut di dalam UMNO, sumber-sumber itu hanya menegaskan: “sebabnya bukan kerana UMNO.”“Segala-galanya bergantung kepada pertemuan khas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan kira-kira 4000 pemimpin UMNO dari seluruh negara Isnin ini,” tambahnya.Apa yang dinyatakan oleh sumber-sumber di atas mungkin merupakan satu taktik untuk mengelirukan pihak pembangkang. Bagaimanapun, sumber-sumber kerajaan pula yakin PRU12 akan diadakan dalam tempoh terdekat.Selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Kuala Lumpur Khamis, 17 Januari 2008, Abdullah dipetik sebagai berkata bahawa beliau berpuas hati dengan persediaan yang dibuat oleh semua Badan Perhubungan UMNO Negeri bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.Namun, katanya, masih ada banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian dalam menghadapi PRU12. Lantas, adakah hakikat “masih banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian” ini yang menyebabkan PRU12 mungkin tidak diadakan sebagaimana yang diura-urakan?Kita tunggu sama ada kenyataan sumber-sumber di atas benar. Kita juga tunggu sama ada Abdullah akan menghuraikan dalam pertemuannya dengan warga UMNO Isnin ini apakah perkara yang masih belum beres.

No comments: