Friday, January 25, 2008

RM500 ribu wang rakyat hangus sempena lawatan Najib ke Negeri Sembilan

RM500 ribu wang rakyat hangus sempena lawatan Najib ke Negeri Sembilan
Wan Nordin Wan Yaacob Fri Jan 25, 08 8:36:16 am MYT

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Hrkh) - Sebanyak RM500 ribu wang rakyat didakwa 'hangus' sempena sambutan lawatan Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak ke Negeri Sembilan 24 dan 25 Januari 2008, kata Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Badrul Hisham Shaharin. -->
Satu laporan Polis bernombor 001523/08 telah dibuat pada 24 Januari jam 11.00 pagi di Ibu Pejabat Polis Seremban berhubung penggunaan wang rakyat itu.
Laporan yang dibuat ke atas Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Mohamad Hassan dan tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) atasa dakwaan menyalahgunakan dana dan kemudahan awam untuk tujuan politik.
Kata Badrul Hisham penggunaan wang rakyat hanyalah untuk sambutan politik sempena lawatan Timbalan Presiden Umno ke Negeri Sembilan pada 24 dan 25 Januari 2008.
Menurut Badrul Hisham, KeADILan mempunyai bukti bagaimana hampir RM500 ribu wang dana rakyat yang seharusnya membantu rakyat susah di Negeri ini dibazirkan hanya untuk tujuan kosmetik sempena lawatan Najib.
"Wang kerajaan digunakan untuk menyediakan bahan berlogo Umno dan BN, kakitangan kerajaan dan murid sekolah dipaksa hadir," katanya.
"Persiapan program melibatkan kakitangan kerajaan dan mereka dibayar kerja lebih masa menyediakan program BN, kain rentang dan 'bunting' serta logo Umno digantung tanpa permit sah.
"Pembelian dan penyediaan program bukan sahaja menggunakan wang rakyat tetapi turut di 'mark up' oleh beberapa pihak menjadikan perbelanjaan dalam jumlah yang amat tidak munasabah," katanya kepada Harakahdaily dalam satu kenyataan mengenai laporan polis yang dibuatnya semalam.
Hadir sama ketika laporan polis dibuat di Seremban ialah, Pengarah Pusat Aduan Rakyat KeADILan Negeri Sembilan, Norazizi Aziz; Ketua Angkatan Muda KeADILan Teluk Kemang, Amiruddin Wahab dan beberapa penyokong DAP serta parti pembangkang lain. --

No comments: