Monday, January 21, 2008

Perakam video Lingam beri keterangan

Perakam video Lingam beri keterangan
Chua Sue-Ann Jan 21, 08 11:37am

Individu yang merakamkan video perbualan peguam Datuk VK Lingam mengenai pelantikan hakim-hakim, memberi keterangan kepada suruhanjaya diraja yang menyiasat klip video tersebut pagi ini.Loh Gwo Burne, 33, dikenalpasti oleh bapanya Loh Mui Fah minggu lalu sebagai orang yang merakamkan secara rahsia perbualan peguam tersebut pada Disember 2001, didakwa dengan Hakim Besar Malaya ketika itu, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.Beliau tiba di mahkamah Jalan Mahkamah Duta awal pagi ini, dengan membawa sebuah fail dan sebuah beg kecil, dipercayai berisi kamera yang digunakan untuk merakam perbualan peguam Datuk VK Lingam. Gwo Burne memberitahu suruhanjaya tersebut bahawa beliau merakamkan video selama 14 minit itu dengan menggunakan kamera digital 707 Sony (kiri) yang juga boleh merakamkan video.Beliau dan bapanya pergi ke rumah Lingam di Kelana Jaya untuk makan malam pada 20 Disember 2001 untuk membincang urusan guaman. Bapanya turut hadir di mahkamah pagi ini.Gwo Burne berkata, beliau membawa kamera tersebut bersamanya untuk mengambil gambar makan malam berkenaan dan mengakui beliau adalah orang yang merakamkan video tersebut.Beliau mengesahkan bahawa dua gambar makam malam itu yang ditunjukkan kepada suruhanjaya tersebut minggu lalu adalah diambil olehnya - satu menunjukkan Lingam, adik perempuannya dan bapanya Mui Fah, manakala satu lagi menunjukkan Lingam, bapanya Mui Fah dan seorang lagi peguam, mendiang Manjit Singh.Perdebatan hangatGwo Burne, yang kini bekerja di Shanghai, kembali ke Malaysia minggu lalu selepas peguamnya berkata dia "bersedia dan boleh" memberi keterangan kepada suruhanjaya tersebut.Siasatan hari ini turut menyaksikan perdebatan hangat antara anggota suruhanjaya itu, Tan Seri Haidar Mohamed Noor, Datuk Mahadev Shankar dan peguam Wee Choo Keong.Wee ditegur kerana memberitahu media Jumaat lalu bahawa suruhanjaya itu keberatan untuk memanggil adik lelaki Lingan - VK Thirunama - sebagai saksi.Sementara itu, peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, M Puravelan, juga gagal dalam usahanya supaya ketua umum PKR itu dipanggil memberi keterangan pagi ini kerana beliau dijadualkan untuk berlepas ke Hong Kong esok.Puravalen sebelum ini berkata, pelanggannya itu boleh membantu suruhanjaya untuk mendapatkan maklumat yang tidak dapat diberikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika memberi keterangan minggu lalu.Menurut Mahathir, beliau tidak ingat apa yang berlaku tujuh tahun yang lalu.
'Lingam tidak mabuk'Sementera itu, Bernama melaporkan, Gwo Burne berkata, Lingam tidak mabuk, atau dalam keadaan khayal semasa bercakap di telefon, mengenai apa yang didakwa sebagai mengatur jawatan hakim-hakim.Katanya, ada `beberapa minuman' diambil pada hari itu, iaitu pada hujung bulan Disember 2001 lalu, tetapi beliau berpendapat bahawa ia tidak banyak."Saya tidak rasa Lingam mabuk, walaupun sehingga penghujung malam itu sekalipun," kata saksi tersebut.Menjawab satu soalan peguamnya Alex De Silva sekiranya Lingam sengaja "mengada-adakan" perbualan telefon itu, Gwo Burne berkata: "Tidak, adakalanya saya dapat dengar suara seorang lelaki menerusi telefon itu" namun beliau tidak dapat dengar apa yang diperkatakan oleh lelaki itu.Klip video dimainkan sekali lagi dalam prosiding hari ini. Selepas menonton klip video itu, pegawai pengendali Datuk Nordin Hassan bertanya Gwo Burne sekiranya kandungan klip itu seperti apa yang dirakamnya, dan beliau menjawab: "Saya percaya, ya."Menjawab satu soalan De Silva, Gwo Burne berkata beliau tidak menganggu, menyunting, atau mengubahsuai kandungan rakaman 14 minit itu semasa memindahkan data dari kad memori kepada komputer, dan dari komputer ke komputer ribanya."Sepanjang ingatan saya, klip video itu merupakan rakaman yang saya buat pada tahun 2001," katanya.Beliau berkata pada mulanya beliau hanya mengambil gambar sebuah pasu, namun kemudiannya ia ditukar kepada fungsi rakaman kerana beliau sudah jemu dan jelak dengan Lingam, kerana Lingam sentiasa bercakap di telefon.Gwo Burne berkata Lingam sering melayan perkara-perkara lain dan bercakap di telefon.Menurutnya, Lingam ada keluar untuk beli wain, dan bercakap dengan adik perempuan Lingam yang turut hadir semasa makan malam itu, dan apabila akhirnya Lingam punyai masa untuk duduk berbincang mengenai perkara guaman dengan mereka, beliau (Lingam) kembali ke telefon.Menjawab satu soalan Nordin sekiranya Lingam sedar bahawa perbualan beliau di telefon itu dirakam, beliau menjawab: "Saya rasa, tidak."Lingam muncul buat seketika dalam inkuiri hari ini semasa beliau dipanggil untuk dicam oleh saksi.Gwo Burne mengenal pasti beliau sebagai lelaki yang bercakap di telefon pada tahun 2001 itu.

No comments: