Permohonan minta Haidar dan dua anggota, tarik diri
Soon Li Tsin Jan 14, 08 1:11pm
Siasatan suruhanjaya diraja terhadap klip video Lingam bermula pagi ini dengan permohonan peguam yang mewakili pemimpin PKR yang meminta supaya tiga anggota suruhanjaya itu menarik diri.Peguam M Puravelan, yang mewakili pemimpin PKR - yang Datuk Seri Anwar Ibrahim, R Sivarasa dan Sim Tze Tzin - memohon supaya pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri Haidar Mohd Noor dan dua anggotanya - Datuk Shim Lip Kiong dan Datuk Zaitun Zawiyah Puteh - menarik diri daripada menganggotai suruhanjaya tersebut.Haidar merupakan bekas Hakim Besar Malaya manakala Steve Shim adalah bekas Hakim Besar Sabah dan Zaitun pula merupakan bekas peguamcara negara. Puravelan berkata, keanggotaan mereka dalam suruhanjaya tersebut boleh menimbulkan percanggahan kepentingan kerana jawatan yang mereka sandang sekarang serta perilaku mereka sebelum ini.Menurutnya, Haidar merupakan anggota lembaga amanah Yayasan Kepimpinan Perdana (PLF) yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Dr Mahathir dijangka dipanggil sebagai saksi.
Seorang lagi saksi yang namanya disebut beberapa kali dalam klip video tersebut, ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan, juga merupakan pemegang amanah yayasan tersebut. Beliau juga dikenali sebagai rapat dengan Dr Mahathir.Satu lagi perkara yang dibangkitkan oleh Puravalen ialah pembabitan Haidar dan Shim sebagai hakim dalam kes saman fitnah Raphael Pura di mana dakwaan rasuah dalam badan kehakiman diputuskan tidak relevan.Pura, pada tahun 2000, telah meminda dakwaannya untuk memasukkan dakwaan bahawa Lingam telah menulis sebahagian daripada penghakiman bekas hakim Datuk Moktar Sidin dalam satu kes saman fitnah yang keputusannya memihak kepada Tan.Cadangan pindaan itu juga termasuk dakwaan bahawa Lingam mempunyai hubungan rapat dengan bekas Ketua Hakim, Tun Eusoff Chin apabila keluarga mereka bergambar bersama ketika bercuti di New Zealand pada Disember 1994.Apabila kes tersebut dibawa ke mahkamah rayuan, Haidar mendengarnya di Mahkamah Rayuan dan Shim mendengarnya di Mahkamah Persekutuan. Kedua-duanya memutuskan bahawa pindaan dalam pembelaan Pura dibuat dengan niat jahat dan menolok tuntutannya itu.Kemungkinan berat sebelahPuravalen berhujah bahawa faktor-faktor menjejaskan persepsi rakyat terhadap keanggotaan Haidar dan Shim dalam suruhanjaya diraja.Beliau juga menegaskan bahawa nama Shim juga turut disebut dalam klip video tersebut dan boleh berpotensi menjadi saksi dalam prosiding suruhanjaya diraja itu.Robert Lazar, bertindak sebagai pemerhati bagi pihak Majlis Peguam, menyokong hujah Puravalen supaya Haidar dan Shim menarik diri.“Siasatan ini berbeza dengan sebuah perbicaraan. Persoalan mengenai kemungkinan berlaku berat sebelah (oleh suruhanjaya tersebut) lebih menekan dan standard (supaya dilihat tidak berat sebelah) adalah lebih tinggi.“Pesuruhjaya siasatan ini merupakan penimbangtara tunggal. Mereka perlu meneliti petunjuk-petunjuk yang mungkin menyebabkan ketidakselesaan kepada salah seorang daripada mereka. Ianya terpulang kepada pesuruhjaya berkenaan untuk memutuskan sama ada mahu menarik diri atau tidak," katanya.Puravelan menambah, Haidar dan Shim juga pernah menganggotai panel hakim yang mendengar kes kontroversi yang membabitkan Lingam. Nama Steve Shim juga turut disebut dalam klip video Lingam tersebut.Zaitun pula terbabit dalam pendakwaan kes salahguna kuasa terhadap Anwar. Klip video itu juga menyebut tentang perbicaraan kes tersebut.
Haidar tidak berkata apa-apa berhubung permohonan tersebut manakala Shin berkata beliau memerlukan masa untuk menimbangkannya.Seorang lagi anggota, bekas Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar, berkata, penarikan balik keanggotan mereka membabitkan banyak isu kerana kelima-lima anggota suruhanjaya diraja itu diberi mandat oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menjalankan siasatan tersebut.Terserah kepada suruhanjaya
Selepas berbalas hujah serta penjelasan dari ketiga-tiga anggota terbabit, Puravelan berkata, beliau menyerahkan kepada suruhanjaya tersebut untuk membuat keputusan berhubung permohonannya itu.
Haidar, Steve Shim dan Zaitun kemudiannya memutuskan bahawa tiada alasan yang sah untuk mereka menarik diri sebagai anggota suruhanjaya diraja itu.
Shim dan Zaitun berkata mereka akan hanya menarik diri jika tidak dapat menjalankan tugas tersebut dengan sempurna.Buat masa ini, kata Shim, beliau tidak perlu menarik diri daripada suruhanjaya tersebut, tetapi akan berbuat demikian jika timbul keperluannya kemudian.Zaitun pula menjelaskan kedudukannya sebagai pendakwa dalam kes Anwar."Saya mengendalikan beberapa kes yang membabitkan Anwar. Ia adalah tugas seorang kakitangan awam tetapi keputusannya dibuat oleh mahkamah, bukan saya. Saya beri jaminan jika saya merasakan tidak dapat menjalankan tugas saya, saya akan menarik diri," katanya.Haidar pula berkata: “Saya bercakap bagi pihak diri saya, bahawa tiada alasan yang sah untuk saya menarik diri.”
Siasatan hari ini bermula dengan keterangan dari dua pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR). Manakala Sim, Sivarasa dan Anwar dijadual memberi keterangan esok.
Anggota lain suruhanjaya diraja itu ialah bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar dan Prof Datuk Dr Khoo Kay Kim. Ketua Pengarah Bahagian Perundangan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menjadi setiausaha suruhanjaya tersebut.
Tuesday, January 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment