Rakyat tidak pernah jemu, terus bangkit tentang kepincangan BN
Azamin Amin Sun Jan 27, 08 5:44:15 pm MYT
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Hrkh) - Usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) menghalang dan menyekat kebebasan bersuara dan bantahan rakyat merupakan satu tindakan yang sia-sia, kerana rakyat tidak pernah merasa jemu malah terus bangkit menentang kepincangan dan ketidakadilan yang dilakukan BN selama ini.
AJK PAS Pusat Anuar Tahir berkata tindakan bodoh dan biadap BN menyekat himpunan rakyat adalah semata-mata untuk menutup pekung mereka yang banyak menyalahgunakan kuasa dan wang rakyat.
"Ini taktik kotor untuk takutkan rakyat dalam suasana pilihan raya yang semakin dekat malah ianya sebagai ancaman untuk menggagalkan perhimpunan 23 Februari depan yang bakal dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).
"Sebenarnya mereka terkejut dan takut melihat kejayaan besar himpunan raksasa 10 November lalu yang mampu mengumpulkan sejumlah lebih 130,000 orang. Ini akan menjejaskan imej mereka dan peluang mereka untuk meraih kemenangan dalam pilhan raya ke-12 ini," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Balai Polis Jalan Hang Tuah (dikenali sebagai Penjara Pudu) petang tadi.
Beliau hadir untuk menyatakan bantahan terhadap penahanan 'tidak sah' terhadap 46 rakan seperjuangan yang ditangkap semalam.
Beliau yang kesal dengan penangkapan itu, menyatakan peserta dan penganjur Protes 'bersuara' bagi pihak rakyat yang semakin gusar dengan kenaikan harga minyak, tol dan barang yang tidak dapat diatasi oleh kerajaan BN sejak sekian lama.
"Tidak ada satu alasan kukuh untuk menangkap mereka. Mereka bukan penjenayah tetapi rakyat Malaysia yang melahirkan rasa kebimbangan dan tidak puas hati kerajaan terhadap isu ini.
"Walaupun BN melalui jentera kerajaan seperti polis mahupun pihak berkuasa cuba padamkan suara rakyat namun itu satu usaha ynag cukup sia-sia," katanya.
Malah katanya, sebanyak mana halangan dan sekatan sekalipun, aktivis hak asasi dan politik, pemipin pembangkana dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) akan terus berjuang demi memastikan kehidupan rakyat semakin baik dan terjamin.
"Dan saya nak ingatkan BN, jangan sangka yang tidak hadir atau 'khuatir' berhimpun bermakna mereka tidak akan menghukum BN dalam pilihan raya akan datang.
"Ramai antara mereka yang melihat, mendapat maklumat dan bijak membuat penilaian walaupun isu-isu tertentu cuba dimanipulasi dan 'ditutup' oleh BN daripada pengetahuan awam," katanya yang turut percaya 'pengundi senyap' akan memberi mandat kepada parti pembangkang pada pilihan raya ke 12 ini.- Az

No comments:
Post a Comment