Muda Mohd Noor Jan 28, 08 4:32pm
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta rakyat berhenti membandingkan Malaysia dengan Singapura kerana menurutnya itu tidak adil.Beliau berkata, Singapura sangat baik dan antara yang terbaik di dunia dan ianya telah diketahui oleh semua orang. "Singapura ialah Singapura. Mereka terbaik dalam bidang ekonomi terutama dalam persaingan-persaingan tertentu. "Jangan bandingkan antara anggur dengan epal," katanya ketika berucap di depan kira-kira 8,000 kakitangan awam di majlis perdana perkhidmatan awam 2008 di Putrajaya hari ini.Abdullah berkata, beliau mengakui Singapura sangat baik "tetapi kita perlu melihatnya dari pelbagai sudut.Katanya, beliau bukan mencari alasan untuk mengatakan Singapura baik tetapi ia adalah realiti."Negara kita berbilang kaum, berbilang agama tetapi negara kita sedang meningkat," katanya lagi.Kadar kemiskinanSehubungan itu, Perdana Menteri meminta rakyat mempunyai sifat-sifat mencipta, bekerja keras, dedikasi, cemerlang dan kreatif untuk mencipta kejayaan. Dalam ucapannya, Abdullah juga mengakui masih ramai rakyat yang miskin walaupun kadar kemiskinan negara telah menurun dari 60 peratus pada 1970 kepada 6.5 tahun lalu. Katanya, kisah orang miskin kalau hendak ditulis dalam akhbar tidak akan habis kerana ia ada di seluruh negara. "Saya tidak kata tidak ada orang miskin, memang ada tetapi kita telah berjaya kurangkan dan kerajaan berazam tiada lagi kemiskinan tegar pada 2010," katanya.Perdana Menteri berkata, sektor perkhidmatan awam yang sekian lama menjadi sasaran kecaman di kalangan orang ramai telah mula menunjukkan peningkatan.Sementara itu, Abdullah berkata, kerajaan sedang membuat kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke sembilan (RMK9) untuk melihat sama ada ia telah memenuhi sasaran dan memberi impak kepada rakyat.Katanya, kajian tersebut dilakukan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan dijangka dikeluarkan pada Mac depan.
No comments:
Post a Comment