Friday, January 25, 2008

Yuran Sekolah Percuma: Strategi Yang Membakar UMNO

Yuran Sekolah Percuma: Strategi Yang Membakar UMNO

Posted on Wednesday, January 23 @ 18:11:04 EST by reformis
Oleh:Shirzad Lifeboat

“Wow… Kerajaan bagi yuran percuma! Baik betul kerajaan UMNO-BN!!”
Mungkin itulah yang bermain difikirkannya ketika Ketua Pemuda UMNO, Datuk Hishamuddin Tun Hussein Onn selaku Menteri Pelajaran sedang berkira-kira mahu menghapuskan yuran sekolah rendah dan menengah kepada kerajaan, tentulah ia merasakan ia adalah satu idea yang baik dan akan memberi kelebihan kepada UMNO-BN dalam pilihan raya umum bakal menjelang.
Tapi sebenarnya ia adalah satu idea murahan. Selama ini pun tidak ada ibubapa yang merungut tentang yuran sekolah yang dibayar kepada kerajaan. Tentulah tidak elok kalau semuanya nak diberi percuma. Apa salahnya ibubapa menyumbang RM3 sehingga RM5 sebulan untuk pendidikan anak mereka. Kalau ada yang benar-benar tak mampu, mereka boleh dikecualikan dari membayar yuran sekolah.
Kalau ada yang bisingpun cuma kerana format pembayarannya yang perlu dijelaskan sewaktu awal tahun di mana pada waktu yang sama ibubapa perlu membelanjakan wang untuk keperluan lain seperti pakaian seragam, beg dan sebagainya. Jika yuran yang perlu dibayarkan kepada kerajaan katakanlah RM36 setahun dan boleh dibayar secara bulanan sebanyak RM3 sebulan, maka ibubapa yang boleh dikelaskan sebagai termiskin sekalipun tidak akan ambil peduli.
Dan bersabit dengan yuran yang dikenakan oleh kerajaan ini ialah pihak sekolah yang terdesak supaya ia dijelaskan kesemuanya selewat-lewatnya pada bulan Februari.
Jika idea dan kemudiannya keputusan yang dibuat untuk menghapuskan yuran sekolah itu dengan niat untuk mengumpan rakyat, maka ia samalah macam pengail yang bermimpi mengail jerung tetapi menggunakan umpan cacing.
Apa yang menjadi masalah kepada ibubapa ialah yuran-yuran lain yang dikena dan ditentukan sewenang-wenangnya oleh pihak sekolah termasuk yuran PIBG.
Seorang ibu yang mempunyai seorang anak yang belajar di sebuah sekolah rendah di Ampang, Selangor pernah merungut kerana sekolah itu mengenakan yuran PIBG sebanyak RM50. Setelah ramai ibu bapa yang bising, barulah pihak sekolah menurunkan yuran itu kepada rM40. Sewaktu menghadiri mesyuarat PIBG sekolah berkenaan, siibu berkenaan mempersoalkan apakah motif di sebalik yuran PIBG yang begitu tinggi. Jawapan yang diberikan oleh pengetua sekolah ialah untuk perbelanjaan membaiki parit atau apa-apa kerosakan kecil terhadap bangunan sekolah.
Maka timbullah persoalaan apakah ibubapa juga bertanggungjawab dalam soal penyenggaraan bangunan sekolah. Di samping itu ada juga yang mengatakan wang PIBG yang dipungut oleh pihak sekolah digunakan bagi membayar gaji guru sementara yang diambil oleh sekolah kerana menggantikan seseorang guru yang bercuti, bertukar dan sebagainya sebelum kementerian menghantar seorang guru pengganti.
Oleh itu apabila ibubapa mula buat bising kerana mendapati cerita penghapusan yuran sekolah sebenarnya lebih merupakan cerita indah khabar dari rupa, dan setelah diasak oleh rungutan demi rungutan maka menteri yang bertanggungjawab membuat kenyataan bahawa kerajaan tidaklah begitu mahukan sangat wang RM50 PIBG yang diminta oleh sekolah. Katannya sekolah tidak akan terjejas sekiranya ibubapa tidak mahu membayar yuran PIBG dan lain-lain yuran kokurikolum yang dikenakan oleh sekolah. Hishamuddin juga berkata wang itu sebenarnya diminta sebagai satu sumbangan sahaja dan mana-mana ibubapa yang merasakan tidak mampu boleh meminta pihak sekolah memulangkan sahaja wang yang telah dibayar sebagai yuran PIBG itu.
Memanglah mudah bagi beliau untuk berkata demikian. Tetapi apakah akibat yang akan berlaku kepada murid yang ibubapa mereka enggan menjelaskan atau mahu meminta kembali yuran berkenaan yang telah dibayar oleh pihak sekolah. Ada yang ditekan dan dimarahi dan tidak diberikan layanan sepatutnya oleh guru.
Menurut Hishamuddin beliau telah pun mewujud/mengarahkan sebuah jawatankuasa untuk memantau perkara ini. Soalnya apakah yang hendak dipantau. Apakah jawatankuasa berkenaan, hatta Hishamuddin sekalipun berani mengeluarkan arahan bahawa tidak ada mana-mana sekolah kerajaan yang boleh mengenakan wang PIBG katakan melebihi RM10 atau lain-lain yuran yang jumlahnya ditentukan sewenang-wenangnnya tanpa kebenaran bertulis dari pihak kementerian?
Atau apakah beliau berani mengeluarkan arahan atau menggunakan ayat klasiknya 'tidak akan teragak-agak' untuk mengambil tindakan sekiranya ada sekolah yang gagal mematuhi arahan ini. Atau lebih baik sahaja kerajaan sendiri mengeluarkan peraturan bahawa yuran sekolah termasuk, yuran PIBG dan lain-lain ialah RM 10 sebulan dan boleh dibayar setiap bulan atau setahun sekali di awal penggal persekolahan bagi ibu bapa yang mampu.
Apa yang jelas, banyak yang salah dan tidak betul tentang struktur yuran persekolahan. Mengapakah sekolah mesti memaksa ibubapa membayar yuran yang tidak termasuk dalam yuran yang dikenakan oleh kerajaan? Apakah kerajaan sebenarnya memang membenarkan sekolah memiliki dana masing-masing selain daripada apa yang telah diperuntukkan oleh kerajaan menerusi sistem perkauanan pusat yang sedia ada.

Sebelum wujudnya PIBG, hanya Jabatan Kerja Raya sahaja yang bertanggungjawab memperbaiki kerosakan bangunan sekolah, apakah selepas wujudnya PIBG, peranan ini telah dipindahkan ibubapa (selain menjadikan kepimpinan PIBG platform untuk penyandangnya mencari tapak politik).
Sekiranya Hishamuddin dan juga Perdana Menteri (dalam Budget 2008) merasakan pengumumn tentang penghapusan itu akan disambut oleh rakyat dengan 'wow' dan segala-gala puji-pujian bagi kerajaan UMNO-BN, maka andaian itu jauh meleset. Sebaliknya semakin ramai rakyat yang merasa mereka tertipu.

No comments: