Sunday, January 20, 2008

Takziah kepada keluarga Allahyarham Rizal Chris Fernando

Takziah kepada keluarga Allahyarham Rizal Chris Fernando
Dato' Seri Anwar Ibrahim Sun Jan 20, 08 11:45:33 am MYT

Jam 1 pagi di Kota Kinabalu, Sabah, saya menerima berita yang amat menyedihkan dari adinda Rusli. Kita kehilangan, Allahyarham Rizal Cris Fernando, seorang sahabat malah selaku ahli keluarga, pendukung setia agenda Reformasi, peguambela handalan dan buat saya rakan karib setia bersama terutama tatkala menanggung derita di Penjara Sungai Buloh, .

Chris mulannya bersahabat dengan kanda Allahyarham Rani dan mula akrab dengan saya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, anak-anak dan keluarga sebaik saya dipecat.
Beliau bersama dengan barisan peguam secara sukarela, membela saya, bekerja bertungkus lumus dengan gaya dan kepetahan istimewa. Chris diiringi anakandanya, Marisa. Sepanjang berulangalik ke penjara, beliau amat mengharapkan saya bebas awal agar dapat menghadiri upacara perkahwinan anaknya.
Saya amat terharu di atas pemergiannya, seolah-olah abang kandung saya sendiri. Chris adalah teman karib, memahami isi hati saya, membantu mendorong memperkuat semangat dan keyakinan saya tatkala di Sungai Buloh.
Saya mendapat berita keuzuran tenat Chris akibat serangan jantung pagi tadi sebelum menaiki pesawat ke Kota Kinabalu. Azizah sempat menziarahnya di Institut Jantung negara (IJN) tengahhari tadi (semalam, 19 Januari 2008 ) dan melaporkan bahawa keadaan Cris membimbangkan. Peguam, Zulkifli Nordin menyampaikan berita perkembangan melalui SMS.
Maria dan keluarga diharap bersabar menempuh dugaan, yang mengejutkan kami semua. Saya akan cuba membatalkan sebahagian program pagi nanti untuk berlepas pulang awal mengiringi jenazah Allahyarham Chris.
Didoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Rizal Chris Fernando dan menempatkannya bersama salihin.

No comments: