Tuesday, January 29, 2008

Lazar: Lingam mahu mengaibkan saya...

Lazar: Lingam mahu mengaibkan saya...
Chua Sue-An Jan 29, 08 1:29pm
Peguam kanan Robert Lazar hari ini menafikan bahawa beliau pernah meminta bantuan Datuk VK Lingam supaya dilantik menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada awal tahun 2000.
Lazar memberitahu suruhanjaya diraja yang menyiasat klip video Lingam pagi tadi bahawa beliau tidak pernah bercakap dengan Lingam mengenai perkara tersebut, walaupun Lingam mendakwa demikian.
Menjawab soalan, Lazar berkata, mungkin terdapat tiga sebab mengapa Lingam membuat dakwaan tersebut.
“Beliau mahu mengaib dan memalukan saya. Kedua, ia mungkin satu percubaan untuk membatalkan saya daripada mewakili Majlis Peguam dalam siasatan terhadapnya.
“Dan ketiga, hanya untuk mengalihkan perhatian," katanya.
Dalam keterangannya semalam, Lingam berkata, Lazar telah memintanya bercakap dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau (Lazar) dilantik terus ke Mahkamah Rayuan.
Dakwaan Lingam itu telah mengejutkan barisan peguam Majlis Peguam dalam siasatan tersebut.

No comments: