Sunday, February 3, 2008

Bapa saya tidak sokong pembangkang, kata Mukhriz

Bapa saya tidak sokong pembangkang, kata Mukhriz
Feb 1, 08 6:51pm
Anak Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kritikan bapanya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung 'isu perjanjian lisan' sebagai satu perkara kecil.Sebaliknya, kata Datuk Mukhriz, ia semakin menguatkan Umno dalam menghadapai pilihanraya umum kelak."Barisan Nasional (BN) masih menjadi pilihan rakyat. Saya ingin tegaskan Dr Mahathir tidak menyokong pembangkang," katanya dalam sidang media di Cheras, dekat ibu negara hari ini.Beliau berkata demikian ketika ditanya kenyataan Dr Mahathir bahawa Abdullah hanya menjadi perdana menteri sepenggal sahaja.Bekas perdana menteri berkata demikian dalam satu sidang media di pejabatnya di Putrajaya, Rabu lalu.Bagaimanapun, Mukhriz mengakui isu tersebut akan diambil kesempatan oleh pembangkang dengan memutarbelitkan isu tersebut untuk kepentingan mereka."Itu kerja PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Negara kebajikan PAS hanya mimpi dan angan-angan Mat Jenin," katanya lagi.
Sedia bertanding
Sementara itu, Mukhriz mengulangi beliau sedia menjadi calon BN dalam pilihanraya umum akan datang.Katanya, terpulanglah kepada Umno bahagian, negeri dan Pusat untuk menentukan sama ada beliau dipilih atau tidak."Jika saya tidak terpilih sekalipun saya tidak kecewa dan terus memberi sokongan kepada Umno dan BN," katanya.Mukhriz juga menjelaskan sesiapa pun boleh dipilih menjadi calon, asalkan mereka ikhlas dan berkelayakan.Katanya, orang muda perlu diberi peluang seiring dengan golongan veteran supaya ia seimbang."Saya rasa tidak boleh meminggirkan mana-mana pihak kerana ia ada kelebihan masing-masing," katanya.

No comments: