Sunday, February 3, 2008

Bersih biadap dan melampau, kata PM

Bersih biadap dan melampau, kata PM
Feb 2, 08 5:16pm
Perdana Menteri berkata kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang mengoyak gambar pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.""Kalau ada undang-undang yang membenarkan hukuman terhadap mereka itu, kita patut ambil tindakan," katanya selepas menghadiri Hari Alumni Universiti Malaya di Kuala Lumpur hari iniBeberapa pemimpin mengoyak gambar Abdul Rashid sebagai tanda protes dan mendakwa usaha SPR memperkenalkan dakwat pencelup jari untuk pengundi semata-mata perubahan kosmetik.Mengulas mengenainya, Abdullah tindakan mereka itu sebagai biadap dan melampu dan tidak pernah berlaku sebelum ini. "Itu perangai biadap, ada cara lain lagi (untuk protes)," katanya dalam laporan Bernama.PM pertahan RashidPerdana Menteri berkata Abdul Rashid telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dengan mengadakan pilihanraya yang adil, bersih dan demokratik, sejak sekian lama.Katanya, ahli Bersih tidak sepatutnya mengambil tindakan sedemikian kerana SPR telah memenuhi tuntutan pihak pembangkang dengan memperkenalkan dakwat pencelup jari dan kotak undi lut sinar untuk memastikan pilihanraya yang akan datang lebih bersih. "Kalau selama ini tak baik, (ataupun) perkara ini (yang sedang dilaksanakan SPR) tak baik, bawa ke mahkamah," katanya. Perdana Menteri berkata SPR sentiasa mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan daftar pengundi sentiasa dikemaskini dan mengambil perhatian terhadap aduan seperti kesilapan pendaftaran pengundi dan sebagainya.

No comments: