Friday, February 1, 2008

K'jaan bina enam sekolah rendah baru Cina

K'jaan bina enam sekolah rendah baru Cina
Ng Ling Fong Jan 31, 08 9:27pm
Enam sekolah rendah Cina akan dibina di Sungai Long, Kajang, Bukit Serdang, Rawang in Selangor, Wangsa Maju in Kuala Lumpur dan Danga Bay di Johor. Di samping itu, 13 sekolah rendah Cina akan dipindahkan ke lokasi baru - dipercayai yang terbesar pernah dilakukan.Ia membabitkan tujuh negeri - Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Malacca, Negeri Sembilan, Pahang dan Kedah.Pengumum tersebut dibuat oleh tiga pemimpin utama Barisan Nasional (BN) - Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting; pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon dan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga Ketua Pemuda Umno Malaysia.Bagaimanapun, spekulasi yang menyatakan bangunan asal SRJK(C) Damansara akan dibuka semula sebelum pilihanraya umum akan datang, belum lagi menjadi kenyataan.Pembantu Ong tidak membenarkan wartawan bertanya sebarang soalan berhubung kontroversi sekolah tersebut atas alasan masalah tersebut masih belum selesai.Hisham lulus sepenuhnyaBercakap di ibupejabat MCA, Speaking Ong berkata, Hishammuddin telah meluluskan sepenuhnya permohonan MCA untuk membina dan mengalih 19 sekolah rendah Cina, dalam sepucuk surat bertarikh 30 Januari 2008 (semalam).Menurut Ong, MCA dan Gerakan telah mengadakan perbincangan tiga pihak dengan Hishammuddin berhubung perkara tersebut dan berjaya mencapai kata sepakat mengenainya."Sebagai mewakili masyarakat Cina, saya telah menulis surat kepada Hishammuddin pada 16 Januari untuk membuat permintaan tersebut," kata Ong. "Pada hujung tahun lalu, kita mencapai perjanjian (dan) akhirnya pada 16 Januari, menteri pelajaran memaklumkan kepada saya supaya mengemukakan satu cadangan khusus," tambahnya."Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Hishammuddin. Beliau sentiasa bersikap adil dan bertimbang rasa dalam mendengar masalah-masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah Cina," kata Ong lagi.Ong percaya ini "merupakan satu berita baik kepada masyarakat Cina menjelang sambutan Tahun Baru Cina".Sekolah-sekolah terbabit boleh menampung 27,000 pelajar bila siap sepenuhnya, katanya.Sementara itu, Ong telah menafikan bahawa pengumuman hari ini adalah"gula-gula pilihanraya", sambil menegaskan MCA sentiasa memperjuangkan pendidikan Cina dan sentiasa membawa khabar gembira setiap tahun.Hishammuddin pula mencelah bahawa pemimpin BN sentiasa bekerjasama dalam perkara tersebut."Selepas pilihanraya kami akan terus berbuat demikian," katanya, sambil menambah bahawa pembangkang membangkitkan isu-isu sensitif dan pelbagai tuduhan untuk memecahbelahkan BN menjelang pilihanraya umum akan datang.Sidang akhbar misteriSidang akhbar pagi tadi agak misteri kerana tiada media Melayu dan Inggeris, kecuali akhbar mlik MCA, the Star, yang dijemput membuat liputan majlis tersebut.Enam akhbar utama bahasa Cina dan empat stesen TV dijemput.MCA pada mula merancang utnuk mengadakan sidang akhbar tersebut di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tetapi menukarnya ke ibupejabat MCA pada saat akhir.Dalam perkembangan berkaitan, badan pendidikan Cina, Dong Jiao Zong mahu sekolah rendah Cina yang baru itu dibina secara sistematik, mengikut pendekatan kerajaan berhubung sekolah kebangsaan.Ia juga mengalu-alukan rancangan tersebut tetapi berkata ia tidak memenuhi tuntutan semasa untuk pendidikan Cina.

No comments: