Sunday, February 3, 2008

Kalau PM tidak dilihat besih, adakah calon-calon BN Bersih?

Kalau PM tidak dilihat besih, adakah calon-calon BN Bersih?
Abdul Halim Mohd Rashid Sat Feb 02, 08 9:53:58 pm MYT
Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Barisan Nasional (BN) hanya akan meletakkan calon yang berwibawa, bersih dan bersedia berkhidmat untuk rakyat pada pilihan raya akan datang.

Oleh kerana Perdana Menteri berkata BN hanya akan meletakkan calon yang berwibawa, beliau perlu mengambil tindakan mahkamah ke atas tuduhan orang yang mengangkatnya sebagai Perdana Menteri.
Dalam laporan International Herald Tribune 6 November 2006 bertajuk "Q&A with Mahathir bin Mohamad", bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata:
His attention span is very short and everybody tells me... that he goes to sleep, even while cases are being presented to him... He tends to let his advisors tell him what to do.
Sudah lebih setahun Dr Mahathir mendakwa Perdana Menteri tidur walaupun pelbagai perkara sedang dibentangkan kepadanya. Sudah lebih setahun Dr Mahathir berkata Perdana Menteri suka membiarkan para penasihat memberitahu beliau apa yang patut dibuat. Tetapi, Perdana Menteri tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap tuduhan-tuduhan Dr Mahathir itu.
Majalah Tempo 5-11 Februari, 2007 melaporkan tentang empat wajah Perdana Menteri "tengah terkantuk-kantuk, memperlihatkan perdana menteri itu “ngorok” di pertemuan kabinet, pertemuan dengan partainya, saat konferensi internasional, dan pertemuan penting lainnya".
Majalah itu menyatakan "perdana menteri itu “ngorok” di pertemuan kabinet, pertemuan dengan partainya, saat konferensi internasional, dan pertemuan penting lainnya".
Sudah hampir setahun Tempo melakarkan kata-kata yang mencincang kewibawaan Perdana Menteri. Tetapi, Perdana Menteri tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap majalah yang melakarkan kata-kata yang mencincang kewibawaannya itu.
Mengapa tidak ada tindakan? Adakah semua itu benar? Adakah benar Perdana Menteri tidur walaupun pelbagai perkara sedang dibentangkan kepadanya? Adakah Perdana Menteri suka membiarkan para penasihat memberitahu beliau apa yang patut dibuat.
Adakah benar Perdana Menteri “ngorok” dalam mesyuarat kabinet, dalam mesyuarat dan perhimpunan Umno atau Barisan Nasional, dalam persidangan antarabangsa dan dalam pertemuan penting yang lain?
Jika benar, adakah Perdana Menteri calon yang berwibawa yang akan diletakkan BN pada pilihan raya akan datang? Jika beliau tidak berwibawa, adakah calon-calon BN yang lain mempunyai kewibawaan apabila bertanding sebagai calon parti yang dipimpin oleh orang yang tidak berwibawa?
Dr Mahathir juga menyatakan Perdana Menteri suka membiarkan para penasihat memberitahu beliau apa yang patut dibuat. Kenyataan Dr Mahathir mengingatkan kita kepada penubuhan suruhanjaya diraja bagi mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil bagi menjadikan PDRM sebagai satu pasukan penguat kuasa undang-undang yang berwibawa dan dihormati.
Pada 25 Disember 2003, Timbalan (II) Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Datuk Wong Chun Wai menyampaikan "Christmas wish"nya kepada menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaludin.
Menurut Wong:
At a Christmas open house of a journalist friend in Petaling Jaya last year, Khairy pulled me aside and asked whether I had a Christmas wish. I nodded and told him that I would like to see a clean and reformed police force.
He smiled. Not too long later, Abdullah announced the setting up of a Royal Commission of Inquiry to investigate the role and responsibility of the police force in maintaining law and order, including in areas like work ethics, abuses, the welfare of policemen and women victims of violence.
Pada 30 Disember 2003, Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri mengumumkan, kerajaan akan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil bagi menjadikan PDRM sebagai satu pasukan penguat kuasa undang-undang yang berwibawa dan dihormati.
Adakah turutan peristiwa itu satu kebetulan? Atau, seperti yang dinyatakan oleh Dr Mahathir, adakah Perdana Menteri memang jenis yang "membiarkan para penasihat memberitahu beliau apa yang patut dibuat".
Kalau demikian, adakah benar pandangan blogger Amin Yatim bahawa Khairy adalah Perdana Menteri sebenar di negara ini? Adakah benar pandangan Amin bahawa Abdullah hanyalah Perdana Menteri atas kertas?
Kalau benar kesemua itu, adakah Perdana Menteri calon yang berwibawa yang akan diletakkan BN pada pilihan raya akan datang?
Perdana Menteri juga dilaporkan berkata, BN hanya akan meletakkan calon yang bersedia berkhidmat untuk rakyat untuk rakyat pada pilihan raya akan datang.
Bersedia berkhidmat? Tentu kata-kata hikmat Perdana Menteri itu mengingatkan kita kepada berita Malaysiakini bertajuk "Perdana Menteri berjamu nasi kandar di Perth". Kalau ada yang mudah lupa berita itu, baca petikan di bawah:
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merasmikan pembukaan sebuah restoran nasi kandar di Australia ketika negeri-negeri di selatan Semenanjung Malaysia teruk dilanda banjir.
Menurut satu laporan akhbar Asia Times – sebuah akhbar percuma di Perth – Abdullah berada di bandaraya itu untuk merasmikan restoran‘Puteri Nasi Kandar’ pada 29 Disember.
Laporan yang bertajuk ‘A meal fit for a princess’ disiarkan bersama dengan beberapa gambar yang menunjukkan Abdullah merasmikan restoran tersebut dan sedang merasa makanan di situ.
Seorang pembaca akhbar tersebut – rakyat Malaysia – memberitahu Malaysiakini: “(Ketika sebahagian negeri) Johor ditenggelami air (yang meragut) 17 nyawa, saya tidak dapat menerima (laporan dan foto tersebut).”
Perdana Menteri mengadakan lawatan sehari ke Johor – negeri yang paling teruk dilanda banjir – pada 23 Disember 2006 selepas lawatan rasmi ke Venezuela. Beliau kemudiannya dilaporkan berlepas ke Australia untuk bercuti.
Menurut laman web berita itu, akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang memetik Perdana Menteri berkata, tiada masalah yang timbul dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjalankan tugasnya manakala beliau sendiri turut memantau keadaan dari seberang laut.
"Bukankah Perdana Menteri kata tiada masalah yang timbul? Memanglah, semuanya tenggelam dilanda banjir. Lebih sikit 100,000 rakyat sahaja yang terpaksa dipindahkan. Johor pun masa itu belum lumpuh, hampir lumpuh sahaja. Rugi pun setakat RM1.5 bilion sahaja.
"Memanglah rakyat terpaksa bertempur dengan lumpur, kudis dan penyakit. Tetapi, bukankah Perdana Menteri kata tiada masalah yang timbul?" kata Ustaz Idris Ahmad, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Memang tak timbul, semuanya tenggelam dilanda banjir.
Idris mempersoalkan adakah Perdana Menteri masih ingat pesanan Allahyarham ibunya supaya kerja baik-baik, jangan selalu berbangga diri dan jangan lupakan orang bawah.
Perdana Menteri juga dilaporkan berkata, BN hanya akan meletakkan calon yang bersih untuk rakyat pada pilihan raya akan datang. Persoalannya, adakah bersih jika tidak dilihat bersih?
Tidak mudah dilupakan laporan Utusan Malaysia pada 5 April 2004. Akhbar itu melaporkan Perdana Menteri mengarahkan semua wakil rakyat BN serta ahli keluarga masing-masing membuat pengisytiharan harta sebelum akhir bulan Mei 2004.
Tetapi, pada 3 November 2006 akhbar yang sama juga melaporkan Perdana Menteri tidak bercadang membuat pendedahan tentang harta yang dimiliki oleh anak-anak mahupun menantunya.
Berikut sebahagian dari berita tersebut untuk dinilaikan:
Presiden Umno itu berkata, tindakan ahli keluarganya, terutama anak-anak dan menantunya memiliki harta bukan merupakan satu kesalahan dan beliau tidak berhasrat mencampuri urusan mereka.
Menurutnya, ahli keluarganya mempunyai hak sama seperti orang lain, bebas untuk memiliki harta.
Sehubungan itu, Abdullah menegaskan, beliau tidak bercadang membuat pendedahan tentang harta yang dimiliki oleh anak-anak mahupun menantunya.
‘‘Itu (harta) adalah hak ahli keluarga saya, tak payahlah saya umumkan harta yang mereka miliki,’’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini hari ini.
Tambahan pula, katanya, tindakan ahli keluarganya untuk memiliki harta bukanlah satu perbuatan yang salah.
Perdana Menteri berkata, begitu juga dengan anak-anak dan menantunya, mereka tidak perlu mengambil tindakan mengisytiharkan harta mereka.
Abdullah mengulas dakwaan Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak), Ezam Mohd Noor bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dan Abdullah melakukan penyelewengan serta menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan anak-anak mereka.
Persoalannya, mengapakah Perdana Menteri yang mengarahkan semua wakil rakyat BN serta ahli keluarga masing-masing membuat pengisytiharan harta enggan menyuruh anak-anak dan menantunya mengisytiharkan harta yang mereka miliki?
Bukankah itu cakap tak serupa bikin? Kalau cakap tak serupa bikin, adakah Perdana Menteri boleh dianggap dan dilihat sebagai calon BN yang bersih pada pilihan raya akan datang?
Jika Perdana Menteri tidak bersih, adakah calon-calon BN yang lain boleh dianggap bersih ketika mereka bertanding sebagai calon parti yang dipimpin oleh orang yang tidak bersih?

1 comment:

Anonymous said...

bagus,bagus, memang tiada yang bersih di antara mereka